Master Sains Dan Phd (Perkhidmatan Ekosistem Hutan Hujan Tropika) | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» SISWAZAH » PROGRAM PASCA SISWAZAH INTROP » Master Sains dan Phd (Perkhidmatan Ekosistem Hutan Hujan Tropika)

Master Sains dan Phd (Perkhidmatan Ekosistem Hutan Hujan Tropika)

Program ini bertujuan untuk meneroka dan mengembangkan penyelidikan yang berkaitan dengan empat jenis perkhidmatan ekosistem, iaitu perkhidmatan pembekalan, kawal selia, habitat serta kebudayaan dan ameniti di dalam ekosistem hutan tropika. Topik penyelidikan merangkumi penyerapan dan penyimpanan karbon, pengeluaran biosumber secara mampan, pemuliharaan dan penilaian biodiversiti, dinamik dirian hutan dan perkhidmatan ekopelancongan di dalam konteks hutan tropika. Sumber asli seharusnya diuruskan secara mampan bagi penggunaan jangka masa panjang untuk mempertingkatkan kualiti hidup manusia serta kebajikan komuniti hutan tropika. Pakar yang sedia ada berkeupayaan untuk bertindak melalui pendekatan yang menyeluruh ke atas isu global semasa berkaitan dengan pemuliharaan hutan dan perkhidmatan ekosistem.

Kemaskini:: 19/09/2022 [amallina.osman]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXDdOAD~