Pengekstrakan Dan Pencirian Bahan Biodegradasi Yang Berpotensi Berdasarkan Umbi Ubi Gadong | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» ARTIKEL » Pengekstrakan dan pencirian bahan biodegradasi yang berpotensi berdasarkan umbi ubi gadong

Pengekstrakan dan pencirian bahan biodegradasi yang berpotensi berdasarkan umbi ubi gadong

Kajian ini didorong oleh kawalan undang-undang yang ketat mengenai penggunaan dan mengaplikasi bahan mesra alam. Dalam konteks ini, penulisan kajian ini bertujuan untuk mengkaji ciri-ciri kanji dan gentian daripada tumbuhan ubi gadong melalui umbi untuk menerokai potensinya sebagai bahan yang boleh diperbaharui. Pengekstrakan kanji dan gentian ubi gadong dijalankan dan komposisi kimia, sifat fizikal, sifat haba, sifat morfologi, dan sifat kristal dikaji. Hasil penyelidikan komposisi kimia menunjukkan bahawa kanji ubi gadong mempunyai kadar kelembapan yang rendah (9.45%) bersama kandungan kanji (37.62%) dibandingkan dengan kanji ubi kayu, jagung, gula aren, dan ubi garut. Sementara itu, gentian ubi gadong rendah dalam hemiselulosa (4.36%), selulosa (5.63%), dan lignin (2.79%) berbanding ubi kayu, jagung dan gula aren. Dalam penyelidikan ini sifat kimia, fizikal, morfologi dan termal dari gentian dan kanji ubi gadong diuji dengan penyelidikan komposisi kimia, mikroskopi elektron imbasan (SEM), taburan ukuran zarah, analisis termogravimetrik (TGA), difraksi serbuk sinar-X (XRD), dan inframerah transformasi Fourier (FTIR). Didapati bahawa sisa ubi gadong berpotensi menjanjikan biomas alternatif dan bahan lestari yang sangat baik sebagai bahan pengisi yang boleh diperbaharui untuk aplikasi pembungkusan makanan.

Sila klik di sini untuk mendapatkan jurnal sepenuhnya

Tarikh Input: 21/06/2021 | Kemaskini: 21/06/2021 | maznaliza

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691880
0397691896
WVMINAm:13:11