Pencirian Bahan Baru Gentian Selulosa Cyrtostachys Renda Dan Ptychosperma Macarthurii Daripada Tumbuhan Landskap | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» ARTIKEL » Pencirian Bahan Baru Gentian Selulosa Cyrtostachys renda dan Ptychosperma macarthurii daripada Tumbuhan Landskap

Pencirian Bahan Baru Gentian Selulosa Cyrtostachys renda dan Ptychosperma macarthurii daripada Tumbuhan Landskap

Kajian telah dijalankan pada Gentian Cyrtostachys renda (CR) and Ptychosperma macarthurii (PM) yang merupakan gentian selulosa baru. Maklamat penyelidikan ini adalah untuk menilai gentian daripada batang, tangkai daun, dan pelepah dari kedua-dua tumbuhan ini sebagai bahan pengukuhan dalam komposit polimer. Ketumpatan, komposisi kimia, kumpulan berfungsi, indeks kehabluran, dan kestabilan terma telah dikaji untuk gentian CR dan PM. Daripada analisis, ketumpatan dan kestabilan haba kedua-dua gentian tangkai daun didapati hampir serupa.  Indeks kehabluran tertinggi (55.67%) tangkai daun CR telah dipengaruhi oleh kandungan selulosa (38.99%) dan kumpulan berfungsi (regangan C-H) yang tertinggi.  Daripada keputusan analisis, didapati bahawa tangkai daun gentian CR mempunyai sifat yang paling optimum.  Kekuatan tegangan, kekuatan ricih antara muka (IFSS), morfologi tangkai daun CR juga telah diterokai.  Kekuatan tegangan muktamad, modulus Young, dan IFSS tangkai daun CR ialah 51.82 ± 9.41 MPa, 0.69 ± 0.18 GPa, dan 3.27 ± 0.5 MPa. Pemerhatian Mikroskopi Elektron Pengimbasan mendedahkan bahawa gentian tangkai daun CR mempunyai sifat anti-mikrob yang telah disahkan melalui kehadiran badan silika di atas permukaan gentian.  Oleh itu, tangkai daun CR adalah berpotensi untuk dijadikan sebagai bahan penguat dalam komposit polimer untuk aplikasi ringan.

Sila klik di sini untuk mendapatkan jurnal sepenuhnya

Tarikh Input: 07/10/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | maznaliza

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEYVAg~