Pengadunan Lebur Dan Bukan Lebur Biokomposit Polietilena Berat Molekul Ultra Tinggi /nanoselulosa Fiber Yang Sukar Diproses. | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» ARTIKEL » Pengadunan lebur dan bukan lebur biokomposit polietilena berat molekul ultra tinggi /nanoselulosa fiber yang sukar diproses.

Pengadunan lebur dan bukan lebur biokomposit polietilena berat molekul ultra tinggi /nanoselulosa fiber yang sukar diproses.

Rintangan utama dalam pemprosesan lebur nanokomposit polietilena berat molekul ultra tinggi (UHMWPE) adalah kelikatan lebur tinggi UHMWPE, yang mungkin menyumbang kepada serakan dan taburan nanofiller yang tidak sekata. Dalam kajian ini, bionanokomposit UHMWPE/selulosa nanofiber (UHMWPE/CNF) disediakan dengan dua kaedah pengadunan yang berbeza: (i) pengadunan lebur pada suhu 150°C dalam ekstruder uluran skru tiga, dan (ii) pengadunan bukan lebur mengunakan etanol pada suhu bilik. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemprosesan lebur UHMWPE tanpa CNF (MB-UHMWPE/0) menunjukkan peningkatan kekuatan alah dan modulus Young masing-masing sebanyak 15% dan 25%, berbanding dengan UHMWPE asal (Neat-UHMWPE). Kekuatan tegangan bagaimanapun berkurang hampir separuh. Sampel yang diadun menggunakan etanol tanpa CNF (EM-UHMWPE/0) sebaliknya menunjukkan sedikit penurunan pada semua sifat mekanikal yang diuji. Pada kemasukan sebanyak 0.5% CNF, sifat mekanik bionanokomposit yang dicampurkan melalui pengaduanan lebur (MB-UHMWPE/0.5) bertambah baik berbanding dengan Neat-UHMWPE. Kekuatan alah, pemanjangan ketika putus, modulus Young, keliatan dan kehabluran MB-UHMWPE/0.5 juga didapati lebih tinggi berbanding dengan sample yang diadun menggunakan etanol (EM-UHMWPE/0.5) masing-masing sebanyak 28%, 61%, 47%, 45% dan 11%. Walaupun kekuatan tegangan MB-UHMWPE/0.5 berkurang, nilai, 28.4 ± 1.0 MPa yang diperolehi melepasi syarat minimum spesifikasi standard untuk UHMWPE dalam aplikasi implan pembedahan. Secara keseluruhan, pemprosesan pengadunan lebur adalah lebih sesuai untuk penyediaan bionanokomposit UHMWPE/CNF seperti yang ditunjukkan oleh ciri-ciri mereka di sini. Pertautan mekanikal yang lebih baik antara UHMWPE dan CNF menggunakan pengadunan pada suhu tinggi terbukti melalui pemerhatian FE-SEM, menjelaskan sifat mekanik MB-UHMWPE/0.5 yang lebih tinggi berbanding EM-UHMWPE/0.5.https://res.mdpi.com/d_attachment/polymers/polymers-13-00404/article_deploy/polymers-13-00404-v2.pdf

Tarikh Input: 22/06/2021 | Kemaskini: 23/06/2021 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEYWAj~