Penganjuran Kursus Kemahiran Pengurusan, Penanaman & Pengeluaran Gaharu | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» ARTIKEL » Penganjuran Kursus Kemahiran Pengurusan, Penanaman & Pengeluaran Gaharu

Penganjuran Kursus Kemahiran Pengurusan, Penanaman & Pengeluaran Gaharu

8-10 Mei 2018

Bilik Seminar, INTROP

Aquilaria merupakan satu daripada dua genus dari keluarga Tymeleaceae yang tersenarai di dalam Senarai Merah Jadual CITES Appendiks II. Gaharu biasanya terhasil daripada kecederaan mekanikal pada pokok karas, selain akibat serangan bakteria atau kulat. Terdapat 25 spesies pokok karas (Aquilaria spp.) telah direkodkan di seluruh dunia. Namun, hanya lima spesies sahaja ditemui hidup di Malaysia, iaitu spesies A.malaccensis, A.hirta, A.beccariana, A.rostrata dan A.microcarpa.

Aquilaria malaccensis telah diperdagangkan sebagai spesies utama dipasaran rantau Asia tetapi sekarang telah meluas diserata dunia. Pada masa ini banyak projek perladangan karas di Malaysia telah memilih dua spesies bukan tempatan iaitu A.subintegra dan A.crasna untuk tanaman di ladang.

Gaharu diperolehi dari hutan semulajadi yang mana sumbernya amat terhad dan semakin berkurangan. Tanpa usaha bersepadu melalui perladangan, sumber berharga ini di jangka mengalami ancaman kepupusan akibat daripada aktiviti pengambilan dan penyeludupan gaharu. Sekarang sudah bermula sedikit usaha bersepadu yang dijalankan untuk melestarikan pengkomersilan industri gaharu.

Pembentang kertas kerja seminar merupakan antara mereka yang mempunyai kepakaran dalam industri gaharu merangkumi aspek Pengurusan Sumber dan Taburan Karas, Kaedah Rangsangan Karas dan Produk Gaharu, Polisi, Promosi, Pasaran dan Halatuju Industri Gaharu. Mereka terdiri daripada ahli akademik, wakil jabatan kerajaan, pemimpin organisasi, pengusaha-pengusaha ladang, ahli profesional dari industri serta pengguna produk gaharu sendiri.

Tarikh Input: 14/03/2018 | Kemaskini: 09/10/2018 | m_hambali

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
B1566355104