KUNJUNGAN HORMAT PUSAT KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN HiCoE INTROP KETUA PENGARAH MALAYSIA TIMBER INDUSTRY BOARD (MTIB) | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » KUNJUNGAN HORMAT PUSAT KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN HiCoE INTROP KETUA PENGARAH MALAYSIA TIMBER INDUSTRY BOARD (MTIB)

KUNJUNGAN HORMAT PUSAT KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN HiCoE INTROP KETUA PENGARAH MALAYSIA TIMBER INDUSTRY BOARD (MTIB)

Serdang, Okt 2021 - Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh ahli pengurusan INTROP, UPM ke Pejabat Ketua Pengarah MTIB di Cheras. Kunjungan ini disertai oleh 5 orang ahli pengurusan INTROP diketuai oleh Pengarah INTROP, Prof. Ts Dr Khalina Abdan dan di pihak MTIB disertai oleh 5 orang Pegawai yang diketuai oleh Ketua Pengarah MTIB, Tn Hj Mahpar Atan.

Perbincangan berkisar tentang isu dan halangan yang dihadapi pihak industri serta pelbagai potensi kolaborasi yang dapat membantu pembangunan dan kemajuan industri perkayuan Malaysia ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
 
Pelbagai perancangan untuk kerjasama dan kolaborasi terutamanya untuk membangunkan industri buluh, memantapkan penggunaan batang kelapa sawit untuk produk nilai tambah serta pembangunan modal insan dalam pelbagai sub sektor perkayuan.

Kunjungan ini diharap dapat membantu sektor industri perkayuan Malaysia untuk terus maju dan berdaya saing di peringkat global.

Tarikh Input: 01/11/2021 | Kemaskini: 01/11/2021 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXDdWA4~