Lawatan Ke Ladang Buluh Sg Jernih, Clarity Crest Sdn Bhd | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Lawatan ke Ladang Buluh Sg Jernih, Clarity Crest Sdn Bhd

Lawatan ke Ladang Buluh Sg Jernih, Clarity Crest Sdn Bhd

5 Okt - Seramai lima orang penyelidik INTROP bersama empat penyelidik Fakulti Kejuruteraan telah melawat Ladang Buluh Sg Jernih, Kuala Kubu Baru yang diuruskan oleh Clarity Crest Sdn Bhd. Ladang seluas 400 hektar telah diperuntukkan untuk penanaman pokok buluh spesis Betong (Dendrocalamus asper). Kini tanaman pokok buluh ini telah ditanam untuk fasa 1 dan 2 seluas 116 hektar dan akan memasuki fasa 3 yang berkeluasan sekitar 177 hektar. Tanaman buluh di fasa 1 dan 2 telah memasuki usia 20-12 bulan. Penglibatan INTROP dan Fakulti Kejuruteraan adalah bagi membantu syarikat dalam meneliti rantaian nilai produk berasaskan buluh yang berpotensi tinggi.

Tarikh Input: 06/10/2022 | Kemaskini: 06/10/2022 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEUDAb~