Lawatan Muhibah Ke Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Lawatan Muhibah ke Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA)

Lawatan Muhibah ke Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA)

KUALA LUMPUR, 12 September 2022 - FibreStrong Sdn. Bhd. telah pergi membuat lawatan muhibah ke  Bahagian Pelaburan Dalam Negeri, Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA). Ia bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada MIDA dalam bidang pelaburan tempatan.

 

Wakil FibreStrong Sdn. Bhd. diketuai oleh Pengarah, Dr. Mohammad Jawaid, bersama penyelidik Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan, Amir Alzahari Mohamed dan Kok Yuen Leong. Manakala wakil MIDA diketuai oleh Pengarah Bahagian Pelaburan Tempatan (DID), Sukri Abu Bakar, bersama Azleen Mohd. Azmee (Timbalan Pengarah DID), Irrnanie Mohd Aripin (Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Makanan & Industri Berasaskan Sumber) dan Mazliyani Ayob (Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Makanan & Industri Berasaskan Sumber).

 

Lawatan tersebut telah berlangsung selama dua jam di Kuala Lumpur Sentral. Kedua-dua belah telah membincangkan mengenai penemuan penyelidikan iaitu membuat kertas acuan dulang pembungkusan untuk membungkus makanan dan sayur-sayuran. Manakala MIDA pula memberi jaminan untuk menghubungkan Syarikat FibreStrong dengan pihak pelabur.

Tarikh Input: 06/10/2022 | Kemaskini: 06/10/2022 | maznaliza

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEaBAR~