LAWATAN WAKIL BORNEO FORESTRY COOPERATIVE (BFC) KE PLOT KAJIAN EUCALYPTUS DAN SPESIS LADANG HUTAN DI LADANG PUCHONG, PUSAT PERTANIAN PUTRA | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » LAWATAN WAKIL BORNEO FORESTRY COOPERATIVE (BFC) KE PLOT KAJIAN EUCALYPTUS DAN SPESIS LADANG HUTAN DI LADANG PUCHONG, PUSAT PERTANIAN PUTRA

LAWATAN WAKIL BORNEO FORESTRY COOPERATIVE (BFC) KE PLOT KAJIAN EUCALYPTUS DAN SPESIS LADANG HUTAN DI LADANG PUCHONG, PUSAT PERTANIAN PUTRA

SERDANG, 15 April 2022 – Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) telah menerima lawatan daripada wakil Borneo Forestry Cooperative (BFC) iaitu Paul Warburton ke plot kajian Eucalyptus dan spesis ladang hutan di Ladang Puchong, Pusat Pertanian Putra, UPM. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar BFC dalam pengurusan ladang hutan bagi kajian plot yang telah dibangunkan yang merangkumi aspek silvikultur, pengurusan penyakit dan perosak dan sebagainya. Dua plot kajian telah dibangunkan pada 2019 dengan kerjasama BFC iaitu Eucalyptus Genetic Gain Trial Plot dan Taxa Trial Plot. Paul Warburton juga telah mencadangkan beberapa perkara bagi menambahbaik plot kajian pada masa datang. Diharapkan banyak aktiviti lagi dapat dilaksanakan pada masa akan datang antara INTROP dan BFC bagi mengukuhkan kerjasama antara dua institusi.   

 

Tarikh Input: 06/10/2022 | Kemaskini: 06/10/2022 | m_hambali

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEZVAw~