Majlis Penyampian Sumbangan Komponen Putra Frame Oleh Syarikat Selia-Tek Industries Sdn Bhd | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Majlis Penyampian Sumbangan Komponen Putra Frame oleh Syarikat Selia-Tek Industries Sdn Bhd

Majlis Penyampian Sumbangan Komponen Putra Frame oleh Syarikat Selia-Tek Industries Sdn Bhd

SERDANG 27 Oktober 2022 – Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) telah mengajurkan satu Majlis Penyampian Sumbangan Komponen Putra Frame oleh Syarikat Selia-Tek Industries Sdn Bhd di L’apprenti @ Putra Restaurant pada 27 Oktober 2022 jam 10:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari.

Majlis ini dianjurkan untuk menghargai sumbangan dan kerjasama bersama Syarikat Selia-Tek Industries Sdn Bhd yang sudi menaja komponen sebanyak 1100 unit untuk bersama-masa menjayakan penghasilkan PUTRA Frame. Selain itu Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM turut membantu dari segi produksi dengan melantik dua pelajar Asnaf untuk diberikan tanggungjawab bersama dalam penghasilan PUTRA Frame.

Majlis ini turut dihadiri oleh Profesor Ir. B.T Hang Tuah Baharudin Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Madya Dr. Mohd Daud Bin Awang Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowman (WAZAN) UPM, Prof. Dr. Samsul Bahari Pengarah Hubungan & Jaringan Industri (Cirnet) UPM, wakil Syarikat Selia-Tek Holding Sdn Bhd Ir. Tuan Abdul Wahid Bin Hamid Pengarah Eksekutif Syarikat dan wakil Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) diketuai oleh Pengarah INTROP, Prof. Ts. Dr. Khalina Binti Abdan. Ahli jawatankuasa PUTRA Frame turut hadir  En. Mohd Shazwan Jamhari, En. Mohd Hafizie Manap, dan Cik Amirah Nur Amallina Osman.

Tarikh Input: 28/10/2022 | Kemaskini: 06/12/2022 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEZNAC~