Meneroka Peluang Kolaborasi Bersama KKIP Sdn Bhd | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Meneroka Peluang Kolaborasi bersama KKIP Sdn Bhd

Meneroka Peluang Kolaborasi bersama KKIP Sdn Bhd

Kota Kinabalu, Sabah – Seramai 6 orang Penyelidik INTROP telah melawat Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) Sdn Bhd di Sabah pada 21 Mei 2019. Lawatan ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Sdn Bhd, Melvin G. Disimond, Pengurus Besar (Pembangunan Perniagaan), Lawrence G Kimkuan (Senior Manager, Business Development). KKIP Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan negeri Sabah di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri Negeri Sabah, yang berfokuskan untuk membangunkan sosioekonomi yang mampan di negeri Sabah. Selain itu, syarikat ini juga berpotensi dalam menyumbang kepada transformasi negeri Sabah untuk menjadi ekonomi berteraskan perindustrian.  Kedua-dua pihak bertukar pandangan tentang pelbagai isu yang berkaitan dengan pembangunan industri berasaskan kayu di Sabah khususnya. Lawatan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan industri perkayuan dengan agensi di Sabah.

    
    

Tarikh Input: 19/07/2019 | Kemaskini: 19/07/2019 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEaFAQ~