Penganjuran ‘UPM-CIRAD-MPOB Webinar Series: The New Geopolitics Of Oil Palm: From Neo-colonialism To Post COVID-19’ | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Penganjuran ‘UPM-CIRAD-MPOB Webinar Series: The New Geopolitics of Oil Palm: From neo-colonialism to post COVID-19’

Penganjuran ‘UPM-CIRAD-MPOB Webinar Series: The New Geopolitics of Oil Palm: From neo-colonialism to post COVID-19’

15 Jun 2021, 3.00 – 5.30 petang,Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan (BIOREM), INTROP telah menganjurkan siri webinar bertajuk ‘The New Geopolitics of Oil Palm: From Neo-colonialism to Post COVID-19’ pada 15 Jun 2021 yang diadakan melalui aplikasi Zoom Meeting dan Facebook Page INTROP. Siri webinar ini juga dianjurkan dengan kerjasama Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan French Agricultural Research Centre for International Development (CIRAD), France. Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Ir. B. T. Hang Tuah Baharudin yang telah memberi ucapan alu-aluan sebaik program bermula.

Sesi ceramah dimulakan oleh Dr. Jean-Marc Roda, Felo Penyelidik Laboratori BIOREM bagi membincangkan perspektif geopolitik secara global berkenaan kelapa sawit dan industri minyak kelapa sawit serta isu berkaitan penebangan hutan dan implikasi yang terlibat ketika waktu pandemic COVID-19. Sesi berikutnya diteruskan dengan forum bagi membincangkan isu-isu seperti di atas yang diterajui oleh moderator, Prof. Dr. Ahmad Ainuddin Nuruddin, Penasihat Laboratori BIOREM. Antara ahli panel yang terlibat adalah Prof. Dr. Alain Rival, Pengarah Wilayah Asia Tenggara CIRAD dan Puan. Khor Yu Leng, Pengarah Segi Enam Advisors Pte. Ltd.

Webinar ini telah dihadiri seramai 167 peserta dari pelbagai agensi kerajaan swasta dan pemegang taruh yang telah memberi inspirasi kepada pembelajaran mengenai hubungan perdagangan dan diplomatik yang berkaitan dengan minyak sawit antara Malaysia dan negara-negara Barat. Kami berharap kerjasama ini dapat membawa kolaborasi penyelidikan lebih lanjut di masa depan untuk memastikan pengurusan biosumber kelapa sawit dan lanskap hutan yang lestari.

Tarikh Input: 24/06/2021 | Kemaskini: 24/06/2021 | hasnan

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXDdRAc~