“Pengurusan, Penjagaan & Kawalan Risiko Pokok Ameniti” Dan Majlis Penanaman Pokok Bersama Pelajar | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » “Pengurusan, Penjagaan & Kawalan Risiko Pokok Ameniti” dan Majlis Penanaman Pokok Bersama Pelajar

“Pengurusan, Penjagaan & Kawalan Risiko Pokok Ameniti” dan Majlis Penanaman Pokok Bersama Pelajar

SERDANG, 8 November 2022 – Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan (BIOREM), Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan syarahan awam bertajuk “Pengurusan, Penjagaan & Kawalan Risiko Pokok Ameniti” dan Majlis Penanaman Pokok Bersama Pelajar. Program ini merupakan siri kedua syarahan awam BIOREM selepas program pertama telah diadakan di INTROP pada 16 Ogos 2022 bertajuk “Sustainable management of peatland in Malaysia: The way forward”. Encik Rosslan Yaacob iaitu presiden Persatuan Arborist Malaysia (PArM) telah dijemput sebagai penceramah bagi syarahan kali ini. Ia bertujuan untuk membangunkan pelan tindakan bersama antara INTROP dan PArM dalam memperkukuhkan keterlihatan di peringkat universiti dalam bidang pertanian dan perhutanan lestari.

Majlis telah dihadiri seramai 33 orang terdiri daripada kalangan staf dan pelajar UPM serta wakil daripada agensi luar seperti Gamudaland Sdn.Bhd. Wakil daripada INTROP iaitu Timbalan Pengarah INTROP, Prof. Madya Dr. Zaiton Samdin, Ketua Laboratori BIOREM, Dr. Ruzana Adibah Mohd Sanusi manakala wakil daripada PArM iaitu Encik Mohd Zailani Jamil serta Encik Chua Nee Sheng.

Perkongsian ilmu selama empat jam itu bermula jam 9 pagi sehingga jam 1 tengah hari bertujuan mendapat penerangan mengenai tugas yang dijalankan oleh Persatuan Arborist Malaysia (PArM), menambah pengetahuan mengenai isu, teknik penanaman dan penjagaan pokok bagi jangka panjang.

Tarikh Input: 06/12/2022 | Kemaskini: 06/12/2022 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXDcWAJ~