Projek VR Bertemakan Hutan Tropika Antara INTROP, MyRimba Sdn Bhd Dan Universiti Teknologi Swinburne | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Projek VR bertemakan hutan tropika antara INTROP, MyRimba Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Swinburne

Projek VR bertemakan hutan tropika antara INTROP, MyRimba Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Swinburne

Serdang, Aug 2021 - Satu projek kerjasama antara INTROP, UPM, MyRimba Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Swinburne Kampus Cawangan Sarawak telah dimulakan pada Ogos, 2021. Projek ini melibatkan kerjasama penghasilan aplikasi VR oleh pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Swinburne di kampus Sarawak.

Proses penghasilan aplikasi VR ini adalah berteraskan kolaborasi konsep dan idea oleh penyelidik di INTROP serta pengasas-pengasas syarikat MyRimba Sdn Bhd yang merupakan syarikat start-up dalam Program Innohub UPM.

Aplikasi ini merupakan julung-julung kali dihasilkan dengan skop yang mensasarkan pengguna generasi muda termasuk kanak-kanak bersekolah. Melalui aplikasi ini, diharap dapat mencetuskan minat dan menimbulkan kesedaran di kalangan mereka untuk menjaga dan memulihara sumber hutan dan alam sekitar.

Tarikh Input: 15/10/2021 | Kemaskini: 15/10/2021 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEUJAh~