SEKALUNG TAHNIAH KEPADA KONTINJEN UPM KERANA TELAH MERANGKUL JUARA KESELURUHAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA KALI KE-44 (SUKUM) 2022. | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » SEKALUNG TAHNIAH KEPADA KONTINJEN UPM KERANA TELAH MERANGKUL JUARA KESELURUHAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA KALI KE-44 (SUKUM) 2022.

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA KONTINJEN UPM KERANA TELAH MERANGKUL JUARA KESELURUHAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA KALI KE-44 (SUKUM) 2022.

SERDANG, 24 September - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai Kejohanan Sukan Staf Universiti Awam Malaysia (SUKUM) Kali ke-44 Tahun 2022. Kejuaraan itu diraih selepas UPM berjaya memungut 18 emas, 18 perak dan 15 gangsa. SUKUM yang berlangsung selama lapan hari ini mempertandingkan sebanyak 18 acara sukan dan menawarkan sebanyak 136 pingat emas, 136 pingat perak dan 196 pingat gangsa. Selain itu, seramai 400 sukarelawan yang turut terlibat pada SUKUM 2022. Tahniah diucapkan kepada atlet SUKUM yang mewakili Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan, INTROP En. Hasnan Mat Isa memenangi pingat Perak dalam acara Memanah Berpasukan Lelaki – Senior dan beliau juga mendapat tempat ketujuh daripada 25 orang peserta dalam acara Berbasikal. Tahniah juga diucapkan kepada En. Mohd Hafizie Manap, Sepak Takraw, En. Mohd Ashadie Kusno, Bola Tampar, dan En. Jamilul Khair Jabir, Badminton yang berjaya ke suku akhir. Sokongan padu daripada warga INTROP telah diberikan kepada atlet yang bertanding, dan secara tidak langsug dapat menambah semangat kesukanan dalam diri.

Tarikh Input: 06/10/2022 | Kemaskini: 06/10/2022 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEaHAc~