Selamat Datang Prof. Dr. Khalina Abdan Pengarah Baru Institut Perhutanan Tropika & Produk Hutan | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Selamat Datang Prof. Dr. Khalina Abdan Pengarah Baru Institut Perhutanan Tropika & Produk Hutan

Selamat Datang Prof. Dr. Khalina Abdan Pengarah Baru Institut Perhutanan Tropika & Produk Hutan

 

SERDANG, 19 OKTOBER 2020 - Majlis perjumpaan staf INTROP telah diadakan pada 3 Julai 2020 bagi mengalu-alukan kedatangan Pengarah baru ke INTROP. Prof. Dr. Khalina Abdan merupakan Profesor dari Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian , Fakulti Kejuruteraan UPM. INTROP amat berbesar hati menerima pelantikan beliau sebagai Pengarah dalam meneruskan perjuangan bagi mencapai segala visi dan matlamat INTROP.

Pada sesi perjumpaan ini juga, staf telah mendengar amanat Pengarah. Memang tidak dapat disangkal lagi, beliau meruapakan seorang yang sangat komited dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebagai pengarah INTROP.

Pada majlis tersebut juga, kelab staf INTROP (KSI) turut mengadakan majlis khatam Al-Quran dan juga meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2019. 

Diharap semua staf dapat berganding bahu dan komitmen dalam merealisasikan segala visi dan misi INTROP sebagai sebuah institut penyelidikan yang cemerlang di UPM dan dikenali di peringkat antarabangsa.

 

Tarikh Input: 19/10/2020 | Kemaskini: 19/10/2020 | m_hambali

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEUGAv~