Seminar Koordinasi Rancangan Strategik SALSA UPM-CIRAD-INSTIPER | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Seminar Koordinasi Rancangan Strategik SALSA UPM-CIRAD-INSTIPER

Seminar Koordinasi Rancangan Strategik SALSA UPM-CIRAD-INSTIPER

SERDANG, 27 Julai 2022 - Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dijemput menghadiri Seminar Koordinasi Rancangan Strategik untuk platform kerjasama Sustainable Agricultural Landscape of Southeast Asia (SALSA). Ia bertujuan untuk membangunkan pelan tindakan bersama antara UPM, Agricultural Research Centre for International Development (CIRAD) dan INSTIPER, Yogjakarta, Indonesia dalam memperkukuhkan keterlihatan di peringkat antarabangsa dalam bidang pertanian dan perhutanan lestari.

Wakil UPM diketuai oleh Pengarah INTROP, Prof. Ts. Dr. Khalina Binti Abdan, bersama Pegawai Penyelidik Kanan INTROP iaitu, Dr. Norfaryanti Kamaruddin dan Dr Syeed SaifulAzry Osman Al-Edrus. Wakil dari CIRAD, iaitu Pengarah Wilayah Asia Tenggara, Dr. Jean-Marc Roda, wakil dari University Los Banos, Prof. Dr. Nathaniel Bantayan, serta pegawai tertinggi dan staf INSTIPER yang diketuai oleh Prof. Dr. Agus Setyarso turut terlibat dalam seminar berkenaan.

Seminar tersebut yang telah berlangsung selama tiga hari di Yogyakarta. Ketiga-tiga pihak membentangkan dan berkongsi pelan strategik untuk memperkukuhkan platform kerjasama strategik ini. INSTIPER selaku tuan rumah seminar ini turut membawa delegasi melawati fasiliti penyelidikan mereka yang mampu menyokong pelan tindakan SALSA.

Selain itu, seminar tersebut bertujuan untuk membantu UPM dalam mencapai matlamat dalam meningkatkan keterlihatan dalam bidang pertanian dan sumber bio tropika di peringkat antarabangsa, melaksanakan aktiviti jaringan industri serta aktiviti penyelidikan yang berteraskan bidang kayu dan gentian tropika dengan pihak berkepentingan di peringkat antarabangsa serta memainkan peranan aktif dalam memantapkan kerjasama jangka masa panjang melalui platform kerjasama SALSA.

Berita selanjutnya rujuk https://mediaperkebunan.id/instiper-yogyakarta-tuan-rumah-dan-perwakilan-indonesia-dalam-cirad-salsa-meeting/

Tarikh Input: 12/08/2022 | Kemaskini: 16/08/2022 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXDcWA1~