16 Ogos - Laboratori Biosumber Mampan (BIOREM) untuk julung-julung kalinya menganjurkan siri seminar BIOREM. Seminar kali pertama untuk tahun 2022 ini menjemput mantan Pengarah INTROP, Prof. Dr. Ahmad Ainuddin Nuruddin sebagai penceramah utama. Beliau yang kini bertugas sebagai Pengurus Program di Jabatan Perhutanan Semenenajung Malaysia (JPSM) menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Mampan Ekosistem Tanah Gambut di Malaysia. Seminar ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman penyelidikan. Seramai 25 orang peserta telah menghadiri seminar ini, yang terdiri daripada pelajar, staf dan penyelidik.
Tarikh Input: 06/10/2022 | Kemaskini: 06/10/2022 | norfaryanti
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia