Webinar Tips And Tricks To Write A High Impact, Publishable Research Article | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Webinar Tips and Tricks to Write a High Impact, Publishable Research Article

Webinar Tips and Tricks to Write a High Impact, Publishable Research Article

SERDANG, 4 Ogos 2021- Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), UPM melalui Unit Siswazah telah mengadakan seminar bertajuk Webinar Tips and Tricks to Write a High Impact, Publishable Research Article untuk pelajar-pelajar siswazah.  Seminar yang bertujuan untuk membantu pelajar menggiatkan penulisan kertas penyelidikan saintifik berimpak tinggi telah dihadiri seramai 110 orang peserta dari dalam dan luar UPM.  Ia secara amnya, seminar ini membincangkan kaedah pemilihan jurnal berimpak tinggi yang bersesuaian untuk tujuan penulisan, dan juga berkongsi Tips dan Tricks untuk memercepatkan penerbitan bahan penulisan penyelidikan tersebut.  Sebagai salah seorang penyelidik High-Flyer Dr. Mohammad Jawaid telah menyampaikan input yang sangat baik dan telah menarik perhatian semua peserta yang hadir.  Selain itu, dengan berbekalkan pengalaman di dalam aktiviti penyelidikan dan penulisan pelbagai bahan ilmiah diperingkat antrabangsa selama lebih daripada 15 tahun beliau dapat menyampaikan seminar dengar yakin dan berinformatif.  Sebagai tanda cenderahati semua peserta telah diberikan sijil penyertaan.  Seminar seperti ini amatlah bermanfaat kepada pelajar dan INTROP akan membuka penyertaan ini kepada staf UPM dimasa akan datang.  Program yang dianjurkan melalui aplikasi Zoom ini, tidak menjadi penghalang kejayaan penyampaian maklumat yang berkesan di dalam seminar penulisan ini.  Setelah hampir 4 jam berlansung, seminar ini menepati citaras ramai peserta kerana penceramah telah dihujani pelbagai persoalan semasa sesi soal jawab berlansung.  Seminar ini dilihat sebagai satu batu loncatan untuk perlaksanaan program penulisan yang lebih besar di masa akan datang.

 

Tarikh Input: 04/10/2022 | Kemaskini: 04/10/2022 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEUBAu~