Laporan Aktiviti | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» MENGENAI KAMI » Kelab Staf INTROP » Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti

30 Mei - Sambutan Hari Raya dan Majlis Khatam Al-Quran anjuran pengurusan dan Kelab Kebajikan Staf (KSI) INTROP telah diadakan di Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan. Majlis dimulakan dengan Khatam Al-quran yang diketuai oleh En. Mohd Ramzi Abdul dan semua ahli (KSI) INTROP turut terlibat bagi melengkapkan majlis Khatam Al-Quran. Seterusnya majlis diteruskan dengan Sambutan Hari Raya. Perlbagai juadah tersedia dan kesemua ahli (KSI) INTROP menikmati suasana Hari Raya. Majlis seperti ini dapat menambah keakraban sesama staf.

13 Ogos - Kejohanan Bowling anjuran Kelab Kebajikan Staf (KSI) INTROP telah diadakan di Wangsa Bowl IOI City Mall Putrajaya. Ini merupakan kali pertama kejohanan seumpama ini diadakan khas buat semua ahli (KSI) INTROP. Seramai 20 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini dan diundi mengikut empat (4) kumpulan. Kejohanan ini bermula jam 2 petang dan berakhir jam 4.30 petang. Johan Kejohanan kali ini disandang oleh kumpulan 'Antlers Bowlers. Naib johan kumpulan 'Strike' manakala tempat ketiga (3) kumpulan 'Gajah Duduk' dan keempat (4) kumpulan 'Usha Padat'. Hadiah individu jatuhan pin tertinggi bagi kategori lelaki disandang oleh En Amzi, manakala individu wanita jumlah jatuhan pin tertinggi disandang oleh Cik Amirah Nur Amallina Binti Osman. Tahniah kepada para pemenang kejohanan ini dan terima kasih kepada semua yang menyertai kejohanan ini.

 

9 Sept – Kelab Staf INTROP (KSI) telah menganjurkan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan hari Malaysia yang melibatkan semua staf INTROP. Program ini bertempat di Bilik Latihan Laboratori Biokomposit. Aktiviti dimulai dengan Majlis Bacaan Yaasin, dipimpin oleh En. Mohd Ramzi Abdul. Pada sesi petang, aktiviti Explorace Merdeka dilaksanakan dengan penyertaan seramai 20 orang staf. Dalam aktiviti ini, staf dibahagikan kepada empat kumpulan dan terdapat empat stesen. Empat stesen ini berada di sekitar INTROP. Pada setiap stesen perserta dalam kumpulan perlu melaksanakan aktiviti yang telah ditetapkan dan markah penilaian akan diberi berdasarkan kreativiti dan masa yang diambil untuk menyiapkan aktiviti tersebut. Antara aktiviti di stesen-stesen adalah; Kuiz Merdeka, Video lakonan semula babak kemerdekaan, Gambar Merdeka, dan Jalur Gemilang Biosumber. Selain dari aktiviti Explorace Merdeka, deklamasi Sajak Kemerdekaan turut diadakan dengan penyertaan Cik Nur Aina Adlina dan En. Mohd Ramzi sebagai pendeklamasi sajak. Program ini berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang, nyanyian lagu kemerdekaan dan sesi bergambar.

Kemaskini:: 12/10/2022 [amallina.osman]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXDdHAk~