Event Title
A visit from Kyungpook National University (KNU) student to INTROP.
Date
16 Jan 2019 - 16 Jan 2019
Location
Institut of Tropical Forestry and Forest Products (INTROP), UPM
Event Summary
Seramai 5 orang pelajar dari Kyungpook National University (KNU), Daegu Korea Selatan telah datang ke Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar. Mereka adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 2 dan tahun 3 sarjana muda dalam bidang Sains dan Teknologi Kayu. Mereka harus menjalani lawatan ke luar negara untuk melengkapkan tugasan mereka yang dinamakan Global Challenger yang mengfokuskan tentang usaha - usaha yang dijalankan diseluruh dunia untuk menyelamatkan hutan disamping mendapatkan lebih informasi mengenai kayu-kayu tropika diseluruh dunia. INTROP telah terpilih sebagai salah satu institusi untuk lawatan mereka untuk melengkapkan tugas mereka. Mereka akan berada di Malaysia selama 6 hari dan akan berangkat pulang le Korea pada 21hb Januari 2019.
Updated:: 28/07/2023 [nazlia]