INTROP Menerima Saintis Pelawat Daripada Chile | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » INTROP menerima Saintis Pelawat daripada Chile

INTROP menerima Saintis Pelawat daripada Chile

INTROP amat berbesar hati untuk menerima Dr. Alex Berg daripada University of Concepción, Chile sebagai Saintis Pelawat bermula 21 Julai 2018 sehingga 4 Ogos 2018. Beliau merupakan Executive Director untuk Unit for Technological Development (UDT), University of Concepción, Chile. Berbekalkan pengalaman yang sangat luas dalam Penyelidikan (R&D) dan pembangunan teknologi untuk fasiliti berkapasiti besar (pilot scale), lawatan beliau telah memberikan pendedahan yang amat luas dan ilmu yang baru kepada Penyelidik dan pelajar UPM. Bidang kepakaran beliau adalah Kimia Kayu, Bioproduk dan biorefineries.

Sepanjang lawatan, beliau telah dijemput sebagai Keynote Speaker dalam konferensi antarabangsa SAFEBIOPACK 2018. Beliau juga telah menyampaikan satu Syarahan Awam dan konsultansi kepada Penyelidik UPM, pereka muda dan pelajar UPM. INTROP amat mengalukan kedatangan beliau dan sekalung penghargaan ke atas beliau dan moga dapat berjumpa Dr. Alex Berg di masa hadapan.

Tarikh Input: 26/09/2018 | Kemaskini: 26/09/2018 | lufti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEeKAC~