Selamat Bersara Prof. Dr. Ahmad Ainuddin | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Selamat Bersara Prof. Dr. Ahmad Ainuddin

Selamat Bersara Prof. Dr. Ahmad Ainuddin

SERDANG, 7 OKTOBER 2020 – Tanggal 8 Februari 2020 merupakan tarikh tamatnya khidmat YBhg. Prof. Dr. Ahmad Ainuddin sebagai staf UPM. Beliau telah berkhidmat di UPM selama 35 tahun iaitu bermula pada tahun 1985 di Fakulti Perhutanan dan kemudian menjadi Ketua Laboratori & Timbalan Pengarah di Akademi Hutan Hujan dan apabila INTROP ditubuhkan pada 2006, beliau telah memegang jawatan sebagai Ketua Laboratori, Timbalan Pengarah dan akhirnya sebagai Pengarah dari tahun 2018-2020.

Pada hari yang berbahagia itu, Kelab Staf INTROP (KSI) telah meraikan persaraan YBhg. Prof. Dr. Ahmad Ainuddin sebagai tanda terima kasih atas sumbangan, bimbingan dan didikan kepada staf dan pelajar siswazah di INTROP. Komitmen beliau dalam menjalankan tugas dan memacu hala tuju INTROP bagi mencapai sasaran KPI dalam penyelidikan, jaringan industri & komuniti, siswazah, penjanaan pendapatan dan sebagainya telah meletakkan INTROP sebagai salah sebuah Institut terbaik di UPM. Tidak kurang juga, beliau banyak menyumbang kepada penarafan HICoE oleh KPT dan meneruskan tanggungjawab dalam membawa nama INTROP sebagai Pusat Kecemerlangan bagi Kayu dan Gentian Tropika.

Diharapkan YBhg. Prof. Dr. Ahmad Ainuddin diberi kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga tersayang.

 

Tarikh Input: 07/10/2020 | Kemaskini: 07/10/2020 | m_hambali

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEeNAB~