PERBINCANGAN MEMPERBAHARUI FOKUS PENYELIDIKAN HICoE-INTROPPERBINCANGAN MEMPERBAHARUI FOKUS PENYELIDIKAN HICoE-INTROP | INSTITUTE OF TROPICAL FORESTRY AND FOREST PRODUCTS
» NEWS » PERBINCANGAN MEMPERBAHARUI FOKUS PENYELIDIKAN HICoE-INTROPPERBINCANGAN MEMPERBAHARUI FOKUS PENYELIDIKAN HICoE-INTROP

PERBINCANGAN MEMPERBAHARUI FOKUS PENYELIDIKAN HICoE-INTROPPERBINCANGAN MEMPERBAHARUI FOKUS PENYELIDIKAN HICoE-INTROP

Serdang, 7 September 2023 – Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) telah mengadakan satu perbincangan bersama YBhg. Prof. Dato’ Isa Majid daripada Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia yang juga merupakan salah seorang penilai untuk Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) Fasa II bagi membincangkan penambahbaikan fokus penyelidikan sedia ada kepada Hemp dan Eucalyptus. Ahli pengurusan INTROP dan seorang pegawai sains telah menghadiri perbincangan ini yang dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr. Khalina Abdan (Pengarah INTROP).

Hemp (dikenali secara saintifik sebagai Cannabis), merupakan salah satu jenis tumbuhan daripada keluarga Cannabaceae. Di antara spesies pokok daripada genus Cannabis ialah cannabis sativacannabis indica dan cannabis ruderalis. Pokok Hemp diketahui mempunyai pelbagai manfaat, sebagai contoh, minyak yang diekstrak daripada bunga Hemp dapat digunakan untuk tujuan perubatan. Sehubungan itu, projek rintis penanaman Hemp dirancang akan dilakukan di Institut Ekosains Borneo (IEB), UPMKB tertakluk kepada ketetapan kerajaan berkaitan permit menjalankan penyelidikan kepada penjawat awam. INTROP bercadang untuk mengembangkan lagi penyelidikan Hemp ini bersama Pusat Racun Negara, Institut Ekosains Borneo (IEB), UPM serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). 

Manakala untuk penyelidikan berkaitan Eucalyptus, ianya bertujuan sebagai spesies alternatif bagi bekalan sumber kayu negara yang mendapat permintaan tinggi dari agensi kerajaan dan industri. Eucalyptus merupakan satu persediaan menghadapi kekurangan drastik sumber kayu negara dan memberi impak pulangan yang tinggi kepada negara.

Staff INTROP bersama Prof. Dato’ Isa Majid (Pusat Racun Negara, USM), Prof. Dr. Nazamid Saari (Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM), Prof. Ts. Dr. Khalina Abdan (Pengarah INTROP, UPM) dan Dr Syeed SaifulAzry Osman Al Edrus (Pengarah IEB, UPM).

Date of Input: 19/09/2023 | Updated: 20/09/2023 | amallina.osman

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF TROPICAL FORESTRY AND FOREST PRODUCTS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEbQAh~