Sejarah | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» MENGENAI KAMI » Latarbelakang » Sejarah

Sejarah

Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) telah ditubuhkan di Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk meningkatkan bidang  penyelidikan dan program pengkomersilan serta aktiviti Universiti. INTROP pada mulanya dikenali sebagai Pusat Teknologi Biokomposit (BTC) di bawah Institut Biosains, UPM (IBS) pada tahun 1998.

Pada bulan Januari 2002, program biokomposit telah diterima sebagai salah satu program di bawah Makmal Bio-Kejuruteraan, Institut Teknologi Maju (ITMA).

Kepentingan penyelidikan biokomposit di sektor pertanian telah diiktiraf oleh kerajaan dengan tertubuhnya Institut Biokomposit Tropika (INTROB) pada bulan Jun 2005 di bawah 12 inisiatif AgroBio yang dicadangkan oleh UPM.

Pada bulan Januari 2007,setelah UPM diberikan status Universiti Penyelidikan (RU), INTROB dan Akademi Hutan Hujan telah bergabung menjadi Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan atau INTROP yang  dikenali secara rasmi sehingga kini.

INTROP memberi fokus terhadap kajian mengenai alam sekitar seperti menyahsemula karbon ke atmosfera, kanopi hutan, perhutanan semula; saringan daripada biosumber untuk industri biokomposit serta pulpa dan kertas; teknologi pemprosesan gentian; pembangunan produk daripada gentian semulajadi; rekabentuk dan tekno ekonomi yang berkesan.

INTROP mempunyai barisan peyelidik dari pelbagai disiplin dan latar belakang seperti perhutanan, sains bahan, kejuruteraan, bioteknologi dan ekonomi bagi memastikan suatu kajian bersepadu dan menyeluruh dapat dijalankan demi hasil penyelidikan serta inovasi yang lebih bermanfaat.

INTROP telah berkembang menjadi sebuah pusat penyelidikan yang terkemuka di UPM dan di rantau ini, sentiasa menyumbang ke arah inovasi teknologi baru untuk menjana kekayaan demi kebaikan masyarakat. Melalui penyelidikan, INTROP terus memanfaatkan penggunaan serat semulajadi biokomposit dan senantiasa memberi tumpuan kepada idea-idea dan teknologi baru, serta membangunkan ilmu yang menyumbang kepada kemajuan Malaysia. Pencapaian dan kemajuan INTROP adalah hasil daripada komitmen dan kerja keras warganya serta sokongan yang berterusan oleh UPM.

Melangkah ke hadapan, INTROP akan meneruskan kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi melalui kerjasama dengan universiti dalam dan luar negara, pusat penyelidikan dan industri dalam memenuhi keperluan negara dan dunia yang sentiasa berubah.


Kemaskini:: 06/10/2016 [aidawati]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXETTAI~