SOALAN LAZIM | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

PENYELIDIKAN
1
Apakah status terkini dan tertinggi yang telah dicapai oleh INTROP?

INTROP telah diberikan penarafan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi atau HICoE oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula daripada tahun 2017.

2
Apakah bidang nic HICoE untuk penyelidikan di INTROP?

Bidang nic untuk penyelidikan HICoE di INTROP ialah Gentian dan Kayu Tropika. Artikel berkenaan bidang nic ini boleh dilihat di sini.

3
Adakah dana tertentu disediakan untuk penerbitan jurnal bagi menampung pembayaran yuran penerbitan?

Ya, terdapat dana yang disediakan bagi jurnal berimpak tinggi dan hanya untuk artikel yang telah diterima untuk diterbitkan oleh jurnal. Info lanjut boleh didapati di sini.


LABORATORI
4
Berapakah bilangan laboratori di INTROP?

Terdapat tiga (3) buah laboratori di INTROP iaitu: 1) Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan (BIOREM), 2) Laboratori Teknologi Biokomposit (BIOCOMPOSITE) dan 3) Laboratori Biopolimer dan Bahan Terbitan (BADs)

5
Apakah perkhidmatan yang disediakan di laboratori?

Perkhidmatan yang disediakan di laboratori INTROP adalah seperti di pautan Perkhidmatan.

6
Apakah sistem pengurusan kualiti yang dilaksanakan dalam makmal INTROP?

Makmal di INTROP melaksanakan sistem pengurusan kualiti ISO 9001. Terdapat juga beberapa makmal yang telah mendapat status makmal akreditasi MS ISO/IEC 17025 yang menitik beratkan kompetensi staf dan kejituan keputusan dalam melaksanakan pengujian untuk sampel pelanggan. Maklumat lanjut berkenaan makmal akreditasi boleh didapati di sini.


PELAJAR
7
Bagaimanakah prosedur untuk mendaftar sebagai pelajar pasca siswazah di INTROP, UPM?

Pendaftaran secara atas talian boleh dilakukan melalui pautan ini: Pendaftaran Atas Talian

8
Apakah bidang pengajian yang ditawarkan di INTROP?

Bidang pengajian yang ditawarkan di INTROP adalah seperti di pautan berikut: Bidang Pengajian di INTROP

9
Bagaimanakah saya boleh memohon atau mendaftar sebagai pelajar MSc atau PhD di INTROP, UPM?

Permohonan adalah melalui Sekolah Pengajian Siswazah. Permohonan program pascasiswazah di UPM adalah secara dalam talian di http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal/. Untuk permohonan kemasukan baru, bakal pelajar disarankan untuk lawati laman web Sekolah Pengajian Siswazah untuk maklumat lebih lanjut di http://www.sgs.upm.edu.my/prospective_students-2964.

10
Bagaimanakah saya boleh mencari penyelia untuk program penyelidikan saya?

Anda boleh mengenal pasti penyeliaa untuk program penyelidikan anda daripada laman web INTROP atau SGS. Terdapat senarai penyelia di bawah setiap bidang pengajian di INTROP. Sekiranya anda tidak dapat mengenal pasti penyelia tersebut, pihak INTROP akan melantik seorang penyelia untuk anda.

11
Adakah pihak INTROP membenarkan pelajar menggunakan makmal, peralatan dan fasiliti di luar waktu pejabat?

INTROP mengamalkan polisi kehadiran staf bagi semua aktiviti melibatkan penggunaan makmal, peralatan, dan fasiliti bagi menjamin keselamatan individu serta kawasan yang digunakan. Justeru, sebarang penggunaan diluar waktu pejabat perlu membuat permohonan dan mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan INTROP.

12
Berapakah yuran pembelajaran secara penyelidikan?

Anda boleh semak di Lawan Web Sekolah Pengajian Siswazah: Yuran Pengajian untuk maklumat lebih lanjut.


PERKHIDMATAN
13
Bagaimanakah saya boleh membuat permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan pengujian sampel atau penggunaan makmal di INTROP?

Pengurusan makmal dan peralatan melibatkan penyeliaan oleh staf yang berbeza. Justeru pelanggan boleh melayari laman web INTROP untuk berhubung dengan staf yang berkaitan. Borang permohonan untuk permohonan perkhidmatan makmal akreditasi boleh didapati di sini.

14
Berapakah kadar bayaran untuk perkhidmatan pengujian sampel, penggunaan peralatan dan fasiliti di INTROP?

Kadar bayaran untuk perkhidmatan pengujian sampel, penggunaan peralatan dan fasiliti di INTROP adalah berbeza daripada setiap ketegori pelanggan dan jenis pengujian, peralatan dan fasiliti yang digunakan. Justeru, pihak INTROP menyarankan untuk berhubung dengan pegawai yang bertangungjawab bagi mendapatkan sebut harga yang tepat.

Kemaskini:: 05/09/2024 [amallina.osman]

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
W, (03:50:52am-03:55:52am, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]