Adunan Di Antara Plastik Komoditi Dan Biopolimer Untuk Penghasilan Biokomposit | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» ARTIKEL » Adunan di antara Plastik Komoditi dan Biopolimer untuk Penghasilan Biokomposit

Adunan di antara Plastik Komoditi dan Biopolimer untuk Penghasilan Biokomposit

Plastik komoditi seperti polietilena, polipropilena, polistirena, polivinil klorida, poli(metil metakrilat), dan sebagainya adalah biasanya digunakan untuk pembungkusan, fotografik dan pita magnetik, pakaian, bekas minuman dan sampah serta pelbagai produk isi rumah. Plastik tersebut juga digunakan dalam pelbagai aplikasi, pukal dan berjumlah banyak. Namun, sifat-sifat mekanik dan terma plastik tersebut adalah masing-masing sederhana dan tidak kritikal berbanding plastik kejuruteraan. Selain itu, biopolimer adalah polimer yang dihasilkan oleh hidupan bernyawa, contoh biopolimer termasuklah selulosa, kanji, zein, getah asli dan sebagainya. Perbezaan utama antara biopolimer dan polimer sintetik boleh didapati dalam strukturnya, di mana kebanyakan biopolimer lebih mempunyai struktur kompleks dan banyak tidak teratur. Biopolimer boleh dihasilkan daripada biomas untuk digunakan dalam industri pembungkusan dan bekas. Walau bagaimanapun, polimer tersebut adalah lebih mahal berbanding dengan plastik komoditi, ini adalah disebabkan ia mempunyai sifat-sifat biodegradasi dan bioserasi. Adunan di antara plastik komoditi dan biopolimer adalah salah satu cara untuk menghasilkan biokomposit, ini boleh menggabungkan sifat-sifat menonjol lebih daripada satu polimer yang sedia ada. Pendekatan ini adalah biasanya murah dan memakan masa yang kurang berbanding pembangunan bahan berpolimer baharu.

Biokomposit adalah bahan komposit yang dihasilkan daripada matriks polimer dan gentian semulajadi. Sifat mekanik plastik komoditi (matriks) yang digunakan boleh ditingkatkan melalui penggunaan biopolimer (berbentuk gentian) dan memberikan ia sifat bioserasi. Matriks adalah penting untuk melindungi gentian tersebut daripada penguraian alam sekitar dan kemusnahan fizikal, dan juga untuk menggenggam gentian dengan serentak. Selain itu, biopolimer boleh menggantikan gentian semulajadi contohnya jute, flax, hemp dan sebagainya. Tambahan pula, perhatian terhadap biokomposit meningkat dengan segera terutamanya dalam aplikasi industri (automotif, aeroangkasa, pertahanan, pembinaan dan sebagainya) dan juga produk pengguna. Ini adalah kerana kelebihannya yang luar biasa seperti boleh diperbaharui, harga rendah, boleh diguna semula, dan biodegradasi. Salah satu manfaat gentian biopolimer adalah ketumpatannya yang rendah daripada gentian kaca, yang memberikan produk biokomposit berjisim ringan. Biokomposit tersebut juga selamat untuk dihasilkan dan mudah untuk diproses yang sepadan dengan pelbagai aplikasi. Akhir sekali, produk tersebut mempunyai penampilan serupa kayu dengan sifat-sifat hentaman dan kekakuan yang tinggi berbanding dengan plastik komoditi.

Tarikh Input: 27/09/2018 | Kemaskini: 03/10/2019 | lufti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXDdAAw~