Mengenali Industri Kelapa Sawit Malaysia | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» ARTIKEL » Mengenali industri kelapa sawit Malaysia

Mengenali industri kelapa sawit Malaysia

Norfaryanti Kamaruddin

Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia, Serdang, Malaysia

norfaryanti@upm.edu.my 

Perladangan kelapa sawit yang pertama adalah di Estet Tennamaran, Selangor, yang menggunakan benih Elaeis guineensis dari Afrika Barat, pada tahun 1917[1]. Sejak itu, industri kelapa sawit telah mengubah lanskap Malaysia secara ekonomi, sosial, dan alam sekitar. Selepas lebih daripada 100 tahun, industri telah banyak menyumbang kepada negara.

Pada tahun 50an, terdapat tiga buah syarikat perladangan utama. Mereka adalah syarikat milik asing; Guthrie, Golden Hope, dan Sime Darby. Pada tahun 60-an, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan untuk mengendalikan penempatan semula penduduk luar bandar ke kawasan yang baru dibangunkan untuk menganjurkan aktiviti pertanian pekebun kecil, khususnya dalam tanaman kelapa sawit dan getah[2]. Pada 2019, terdapat 44 syarikat perladangan yang tersenarai di Malaysia. Nilai modal pasaran mereka ialah RM113 bilion, nombor lima di Bursa Malaysia, selepas sector perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan media, utiliti dan perkhidmatan industri[3]. Ia turut menyumbangkan RM 38 bilion kepada KDNK pada 2018 (38%) daripada sumbangan pertanian (7.3%)[4]. Selain itu, sektor perladangan kelapa sawit juga menyumbang kepada 5.6 juta pekerjaan, termasuk petani pekebun kecil, pengilang, pengusaha, pemasar, pedagang dan lain-lain[5].

Minyak sawit adalah minyak sayuran yang paling produktif, dengan kadar pengeluaran 4.5 tan sehektar[6], berbanding minyak sayuran lain seperti kacang soya, bunga matahari, jagung, minyak zaitun dan rapeseed[7]. Ia menunjukkan bahawa kelapa sawit mempunyai produktiviti yang tinggi untuk setiap hektar tanah.

Untuk memastikan pengeluaran kelapa sawit adalah mampan dan tidak merosakkan alam sekitar, terdapat beberapa pensijilan untuk dipatuhi oleh pemain industri minyak kelapa sawit. Antara pensijilan utama ialah; Roundtable Sustainable Palm Oil (RSPO), International Sustainability and Carbon Certification (ISCC), Indonesian Sustainable Palm Oil (ISPO), dan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO). Sijil ini disasarkan untuk mengesahkan rantaian nilai industri minyak sawit termasuk pekebun kecil. Pelbagai usaha dibuat untuk merealisasikan sasaran ini.

 

 

[1] http://mpoc.org.my/malaysian-palm-oil-industry/

[2] https://en.wikipedia.org/wiki/Palm_oil_production_in_Malaysia

[3] https://www.malaysiastock.biz/Listed-Companies.aspx?type=S&s1=12

[4] https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/ctwoByCat&parent_id=99&menu_id=TE5CRUZCblh4ZTZMODZIbmk2aWRRQT09

[5] https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=72&bul_id=SEUxMEE3VFdBcDJhdUhPZVUxa2pKdz09&menu_id=Z0VTZGU1UHBUT1VJMFlpaXRRR0xpdz09

[6] http://mpoc.org.my/the-oil-palm-tree/

[7] https://en.wikipedia.org/wiki/Table_of_biofuel_crop_yields

 

 

Tarikh Input: 30/03/2020 | Kemaskini: 31/03/2020 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691880
0397691896
WVMIOAm:14:39