Kod QR Satu Sentuhan: Contoh Projek Penglibatan Komuniti Oleh INTROP | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» ARTIKEL » Kod QR Satu Sentuhan: Contoh projek penglibatan komuniti oleh INTROP

Kod QR Satu Sentuhan: Contoh projek penglibatan komuniti oleh INTROP

Kod QR Satu Sentuhan: Contoh projek penglibatan komuniti oleh INTROP

 

Sheriza Mohd Razali; Zaiton Samdin; Norfaryanti Kamaruddin

 

Institut Perhutanan Tropika dan Hasil Hutan (INTROP) dan Taman Rekreasi Paya Bakau, Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor, telah mengadakan program kemasyarakatan di taman tersebut. Program ini melibatkan penyelidik, pelajar dan masyarakat. Pasukan penyelidik INTROP diketuai oleh Profesor Madya Dr. Zaiton Samdin dari INTROP dan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM.

Projek komuniti, yang diberi nama One-Touch QR Code juga melibatkan kerjasama dengan Malaysian Adhesive and Chemicals Sdn. Bhd., yang menyediakan bahan untuk penandaan plat dan pokok.

One-Touch QR Code adalah antara projek komuniti yang dijalankan oleh INTROP, tetapi projek pertama terutama untuk Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan (BIOREM) yang melibatkan penyelidik untuk memberikan penyelesaian kepada masyarakat dalam memperkukuhkan ilmu pengetahuan bidang rekreasi dan botani. Kod tersebut memberikan nama saintifik pokok, nama tempatan dan keluarga dan juga gambar pokok itu.

 

Taman rekreasi ini digunakan untuk aktiviti harian anak-anak bersekolah, golongan belia dan komuniti berkeluarga dalam mengisi masa lapang selepas sekolah dan hujung minggu. Pada masa ini, sekumpulan sukarelawan yang dikendalikan oleh penduduk warga emas mengkoordinasikan pelbagai program berkonsepkan pemuliharaan alam semula jadi, seperti mengumpulkan biji bakau, berjalan di laluan pealan kaki sepanjang 800 meter dan ceramah motivasi.

Pada 27 November dan 10 Disember 2019, pasukan ini telah mengadakan lawatan ke taman, dan ke kawasan tapak semaian pokok bakau dan mereka juga bertemu dengan kumpulan sukarelawan yang dapat memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai keseluruhan kawasan yang akan dirancang dengan penubuhan tapak nurseri bakau.

 

Projek ini mendapat peruntukan dalam pelbagai bentuk iaitu makanan dan minuman, serta bantuan ladang, sementara INTROP pula memberikan perkhidmatan berasaskan ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Hasilnya, penduduk dan komuniti yang tinggal berdekatan dan pengunjung taman ini memperoleh maklumat yang tepat dan sahih mengenai pokok bakau.

Tarikh Input: 26/08/2020 | Kemaskini: 26/08/2020 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXDdBAg~