Industri | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» JARINGAN » Kolaborasi » Industri

Industri

Majlis Penanaman Pokok kali ke-27 UPM – Mitsubishi Corporation

Tarikh: 14 April 2018

Tempat: UPM Kampus Bintulu, Sarawak

Aktiviti penanaman pokok ini adalah aktiviti tahunan yang diterajui oleh INTROP dan UPM Kampus Bintulu. Program tersebut telah disertai oleh 300 peserta terdiri daripada pegawai Mitsubishi Corporation Japan, pegawai agensi kerajaan dan swasta serta staf dan pelajar UPM. Sebanyak 3100 anak pokok terdiri daripada pelbagai spesies tempatan telah ditanam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPM (Professor Datin Paduka Dato’ Dr Aini Ideris). Beliau berbangga dan mengucapkan tahniah dengan kerjasama antara UPM dan Mitsubishi Corporation dalam usaha membangunkan modul pemulihan hutan sejak tahun 1991. Beliau berharap usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan komuniti setempat.  Pihak Mitsubishi Corporation diwakili oleh Yutaka Uno (Timbalan Pengurus Besar Mitsubishi Corporation) menyatakan sepenuh komitmen Mitsubishi Corporation bagi menjayakan usaha pemuliharaan hutan dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan dengan menggunakan kaedah penanaman yang sama untuk skala yang lebih besar di luar kampus.

 

 

  

 

 

 

 

Kemaskini:: 19/09/2018 [aidawati]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
B1566699141