Pengenalan | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» LABORATORI » Biopolimer dan Bahan Terbitan (BADs) » Pengenalan

Pengenalan

Laboratori Biopolimer dan Bahan Terbitan (BADs) berfungsi sebagai pusat sehenti bagi pengilang, penyelidik, pembekal, ahli akademik, pelatih dan perunding dari industri tempatan dan antarabangsa yang terlibat di dalam aplikasi dan konversi bio-sumber dari hutan tropika kepada produk tambah nilai. Program ini diwujudkan sebagai platform pilihan kepada para profesional di dalam pencarian rakan kongsi dan perolehan info terkini di dalam penyelidikan dan pembangunan. Ia turut menjadi ruang untuk mewujudkan jalinan kerjasama dengan rakan kongsi sebagai titik rujukan kepada para profesional dalam kelompok ahli akademik, penyelidik dan industri. Dengan sumber dan kemudahan komprehensif yang disediakan di dalam program ini, diharap berupaya memenuhi keperluan industri untuk aktiviti R&D, usahasama bersama industri, latihan dan perundingan serta pengujian produk dan perkhidmatan. Laboratori ini mempunyai dua program utama, iaitu :

1. Biopolimer dan Bahan Terbitan; dan
2. Pulpa dan Kertas & Kawalan Pencemaran.

Prof. Madya Dr. H'ng Paik San
Ketua
Laboratori Biopolimer dan Bahan Terbitan (BADs)
Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor

Tel : 03-8947 1782
Faks : 03-8947 1896
E-mel : ngpaiksan@upm.edu.my

 

 

Kemaskini:: 24/04/2018 [sakinatul]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
B1566354867