Program Penyelidikan | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» LABORATORI » Biopolimer dan Bahan Terbitan (BADs) » Program Penyelidikan

Program Penyelidikan

(1) Biopolimer dan Bahan Terbitan
      Ketua Program : Prof. Madya Mohd Rafein Zakaria



SINOPSIS

Program ini bertujuan mencari teknologi baru untuk menukarkan bahan lignoselulosik ke biopolimer dan biokimia dan bahan terbitan lain. Penyelidikan termasuk plastik terbiodegradasi dari phytomass, biopelekatan daripada kulit kayu pokok, biocoating, selulosa pengubahsuaian dan sebagainya.

PENGENALAN

Polimer memainkan penanan utama dalam ekonomi semulajadi dan industri moden. Sesetengah polimer semulajadi seperti asid nukleik dan protein, membawa dan memanipulasi maklumat biologi yang penting, manakala polimer yang lain seperti polisakarida (kumpulan gula semulajadi), membekalkan tenaga bagi aktiviti sel dalam badan dan juga merupakan unsur penting dalam sistem hidup. Dengan kemajuan dalam bidang kimia dan sains bahan, satu perubahan besar telah berlaku semenjak polimer sintetik mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu. Polimer sintetik seperti nilon, polietilena dan poliuretana telah mengubah kehidupan seharian. Dari komponen automobil kepada pembungkusan, cakera padat kepada pakaian, dan makanan aditif kepada ubat-ubatan, polimer buatan manusia telah digunapakai dalam hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat moden. Walaupagaimanapun, kebergantungan yang semakin meningkat terhadap polimer sintetik telah menimbulkan beberapa kebimbangan terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Plastik sebagai contoh, kebanyakkannya adalah tidak terbiodegradasi dan diperbuat dari bahan yang tidak boleh dikitar semula. Ciri-ciri ketahanan dan kekuatan terhadap alam sekitar yang menjadikan bahan-bahan ini sangat berguna turut menyumbang kepada kesukaran untuk melupusnya. Dengan erti kata lain, sintesis bahan polimer telah menggunakan bahan-bahan toksik atau/dan juga menghasilkan bahan-bahan toksik sebagai produk sampingan. Masalah ini telah menarik perhatian umum untuk menggunakan polimer yang diperbuat daripada bahan-bahan yang mempunyai unsur-unsur biologi serta polimer yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah bioteknologi moden. Sesetengah bahan biopolimer telah terbukti memberi manfaat kepada alam sekitar. Antara aplikasinya adalah; dalam bidang pertanian dan bakteria - penggunaan termoplastik yang terbiodegradasi, dalam bidang perubatan - penggunaan bahan yang serasi dengan alam sekitar dan dalam bidang rawatan air – penggunaan bahan yang menghalang tokokan mineral dan kakisan. Melihat kepada bidang biopolimer yang sangat luas serta terdapat pelbagai kelas material yang berpotensi untuk diaplikasi dalam segenap sektor ekonomi, program ini bertujuan untuk membangunkan bidang penyelidikan termasuk sintesis dan pencirian biopolimer dan bahan terbitan dari sumber semulajadi seperti pengubahsuaian lignosellulosa, pembangunan produk baru dan aplikasi kimia dan teknologi pelekatan, salutan permukaan dan mekanisme rekatan.


(2) Pulpa dan Kertas & Kawalan Pencemaran
      Ketua Program : Dr. Ainun Zuriyati Mohamed @ Asa'ari

SINOPSIS

Fokus utama program ini ialah menghasilkan produk kertas istimewa dan kertas am. Ini melibatkan proses-proses dari penyediaan gentian, pencirian gentian, pengubahsuaian gentian, pemulpaan, bio-pemulpaan, pelunturan, bio-pelunturan,
pembuatan kertas dan pengujian kertas terutamanya menggunakan bahan-bahan tidak berkayu dan agro-gentian. Penyelidikan tentang kawalan pencemaran untuk pulpa dan kilang kertas, proses bio-penapisan, pengurangan bahan buangan, pemulihan bahanapi, pengurusan ketoksikan dan rawatan air sisa turut termasuk di dalam kajian.

PENGENALAN

Penghasilan pulpa dan produk kertas daripada kayu dan sumber-sumber gentian ialah satu pendekatan penting dalam dunia kini. Ia bergantung kepada penyelidikan, rekabentuk, dan pengurusan kedua-dua proses kimia organik dan bukan organik di dalam satu sistem bersepadu. Di dalam usaha industri untuk menginovasi dan mengekalkan daya saingnya, adalah perlu untuk mengadakan program-program yang menyumbang kepada permintaan industri. Adanya permintaan untuk membangunkan sebuah program yang member impak kepada keperluan dalam negara dan  piawaian. Pembuatan kertas dan pencarian sumber pulpa perlu disokong oleh sekurang-kurangnya satu pusat penyelidikan,pulpa dan kertas. INTROP telah menetapkan sasaran untuk menjadi pusat teknologi pulpa dan kertas yang cemerlang di Malaysia, mengkaji sains pulpa dan kertas, kejuruteraan dan terus menyediakan permintaan pelbagai disiplin bagi pengoperasian kompleks dan pelbagai untuk industri produk hutan.

 

 

Kemaskini:: 28/02/2019 [nazlia]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
B1566359710