Institut Perhutanan Tropika dan Hasil Hutan (INTROP) dan Taman Rekreasi Paya Bakau, Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor, telah mengadakan program kemasyarakatan di taman tersebut. Program ini melibatkan penyelidik, pelajar dan masyarakat. Pasukan penyelidik INTROP diketuai oleh Profesor Madya Dr. Zaiton Samdin dari INTROP dan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM.
Projek komuniti, yang diberi nama One-Touch QR Code juga melibatkan kerjasama dengan Malaysian Adhesive and Chemicals Sdn. Bhd., yang menyediakan bahan untuk penandaan plat dan pokok.
One-Touch QR Code adalah antara projek komuniti yang dijalankan oleh INTROP, tetapi projek pertama terutama untuk Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan (BIOREM) yang melibatkan penyelidik untuk memberikan penyelesaian kepada masyarakat dalam memperkukuhkan ilmu pengetahuan bidang rekreasi dan botani. Kod tersebut memberikan nama saintifik pokok, nama tempatan dan keluarga dan juga gambar pokok itu.
Tarikh Input: 07/10/2020 | norfaryanti
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia