Program Bijak Matematik Professor On Duty | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» PUTRABAKTI » Program Bijak Matematik Professor on Duty

Program Bijak Matematik Professor on Duty

Program Bijak Matematik Professor on Duty

Tarikh: 31 Mac 2018, 7 April 2018 dan 14 April 2018

Tempat: Masjid Nurul Iman Kg Batu 10 Kebun Baharu, Telok Panglima Garang, Selangor

Program Bijak Matematik Professor on Duty telah berjaya diadakan sebanyak tiga siri. Siri pertama untuk pelajar sekolah rendah iaitu darjah 4 dan 5. Siri kedua untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2 dan siri ketiga untuk pelajar Tingkatan 4. Seramai 387 pelajar telah mengikuti ketiga-tiga siri tersebut. Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang, Sekolah Menengah Islam Darul Mujahidin dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya. Objektif program ini adalah untuk memupuk minda positif kepada pelajar tentang mudahnya matematik. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi bimbingan secara terus kepada pelajar tentang permasalahan matematik yang tidak difahami melalui kaedah berkumpulan. Tiga orang Profesor iaitu Prof. Madya Ir. Dr Mohamed Thariq bin Hameed Sultan (INTROP, UPM), Prof. Ir. Dr. Mandeep Singh Jit Singh (UKM) dan Prof Madya Dr. Zulkifli Mohd Nopiah (UKM) telah hadir memberi panduan dan tunjuk ajar. Seramai 18 orang mahasiswa dari UPM, UKM dan pensyarah Politeknik Shah Alam telah membantu menjayakan program ini sebagai fasilitator.

Tarikh Input: 07/10/2020 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXDdPAw~