Program Tips Pelajar Cemerlang Dalam Matematik
Tarikh: 12 April 2018
Tempat: Surau Al-Azhar, Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar, Sepang Selangor
Program ceramah tips pelajar cemerlang dalam matematik telah diadakan di Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar (SAM SG Merab Luar), Sepang Selangor. Prof. Madya Ir. Dr Mohamed Thariq bin Hameed Sultan telah menjadi pembimbing bagi menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk membimbing pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini khususnya untuk subjek Matematik. 90 orang pelajar tingkatan 5 telah dikumpulkan di Surau Al-Azhar, SAM Sg Merab Luar. Pelajar telah diberikan motivasi dan beberapa konsep asas dalam matematik.
Tarikh Input: 07/10/2020 | norfaryanti
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia