Kesanggupan Membayar Untuk Pemuliharaan Hutan Bakau | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» ARTIKEL » Kesanggupan Membayar Untuk Pemuliharaan Hutan Bakau

Kesanggupan Membayar Untuk Pemuliharaan Hutan Bakau

Pelbagai perkhidmatan disediakan oleh Hutan Paya Bakau kepada manusia, antaranya ikan dan produk bukan ikan, produk kayu dan bukan kayu, tumbuhan perubatan, dan bahan pewarna. Walaupun perkhidmatan seperti ini disediakan, jumlah keluasan hutan ini semakin berkurangan pada kadar yang membimbangkan. Hutan jenis ini sering diabaikan dalam pembuatan polisi kerana perkhidmatan yang disediakannya tidak diukur dalam nilai wang. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menilai faedah Perkhidmatan Ekosistem Hutan Bakau di Kuala Perlis, Perlis. Teknik Penilaian Kontingen double bounded (CVM) digunakan bagi menilai perkhidmatan ekosistem yang disediakan. Kami telah menemubual 256 responden. Setiap responden perlu membuat keputusan sama ada bersetuju untuk menderma kepada program pemuliharaan Hutan Bakau atau tidak. Pelbagai amoun derma telah ditawarkan kepada responden. Selain itu, kami juga mendapatkan pandangan responden berkenaan dengan isu berkaitan dengan Hutan Paya Bakau. Hasil kajian mendapati responden sangup menderma RM18.31 bagi program pemuliharaan Hutan Bakau. Dengan mengambilkira 75% populasi orang dewasa di Perlis sanggup untuk menderma, jumlah kutipan bagi program pemuliharaan ini ialah RM3,453,724 atau RM81,861 per hektar per tahun. Hasil kajian juga mendapati amoun derma responden berkorelasi positif dengan pemboleh ubah program pemuliharaan hutan. Hasil ini memberi mesej penting kepada pembuat dasar berkenaan dengan pengurusan dana pemuliharaan Hutan Paya Bakau.

https://www.ukm.my/fep/jem/pdf/2020-54(3)/jeko_54(3)-7

Tarikh Input: 06/06/2021 | Kemaskini: 09/06/2021 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEUSAS~