Sifat Fatik Dan Impak Bahan Pencetak 3D PLA Diperkukuhkan Dengan Zarah Kenaf | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» ARTIKEL » Sifat Fatik dan Impak Bahan Pencetak 3D PLA Diperkukuhkan dengan Zarah Kenaf

Sifat Fatik dan Impak Bahan Pencetak 3D PLA Diperkukuhkan dengan Zarah Kenaf

Peningkatan permintaan untuk pembuatan Ortosis Kaki Buku Lali (AFO) telah membawa kepada penggunaan teknologi Pencetak 3D ke dalam proses pembuatan disebabkan oleh proses pembuatan yang pantas, pengoptimuman reka bentuk yang baik, dan keberkesanan kos. Sekarang, terdapat beberapa penyelidikan telah dijalankan untuk menggunakan komposit semula jadi sebagai filamen Pencetak 3D untuk meningkatkan kelestarian bahan, serta mengurangkan berat AFO dan kos bahan. Namun begitu, oleh kerana AFO akan digunakan setiap hari, adalah penting untuk memahami berat, kekuataan fatik, dan kekuatan impak AFO kerana sifat-sifat tersebut boleh menjejaskan keselamatan pengguna. Matlamat kertas kerja ini adalah untuk menyiasat ketumpatan bahan, kekuatan fatik dan kekuatan impak komposit kenaf/PLA yang dicetak untuk kemungkinan bahan tersebut digunakan sebagai bahan AFO. Peratus pengisi bagi komposit kenaf/PLA telah diubah ke 3, 5 dan 7%, dan disemperit untuk pembentukan filamen komposit, dan kemudiannya digunakan di dalam mesin pencetak 3D untuk mencetak spesimen yang akan digunakan dalam ujian ketumpatan, kekuatan impak, dan kekuatan fatik. Apabila jumlah pengisi meningkat, ketumpatan dan rintangan kekuatan hentaman berkurangan, manakala hayat keletihan meningkat.  Kesimpulannya, keputusan yang didapati dari ujian ketumpatan dan keletihan menunjukkan perspektif yang positif terhadap kebolehgunaannya untuk AFO.

Sila klik di sini untuk mendapatkan jurnal sepenuhnya

Tarikh Input: 12/10/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | maznaliza

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691880
0397691896
WVMIOAi:14:11