Sifat kebolehbakaran polimer dan komposit polimer adalah penting dalam memastikan penggunaannya selamat dalam pelbagai aplikasi. Pembangunan teknologi kalis api terus menjadi bidang penyelidikan yang aktif untuk meningkatkan keselamatan kebakaran bahan tersebut. Baru-baru ini, cecair ionik telah dikaji bagi sifat kebolehbakaran polimer dan komposit polimer. Dalam ulasan ringkas ini, pelbagai jenis polimer dan komposit polimer yang digabungkan dengan cecair ionik telah dikenalpasti. Di samping itu, penyediaan polimer dan komposit polimer yang digabungkan dengan cecair ionik melalui kaedah yang berbeza diterangkan. Kesan aditif cecair ionik pada sifat kebolehbakaran polimer dan komposit polimer juga telah diulas secara ringkas. Data yang ditunjukkan dalam ulasan ini menyumbang pengetahuan yang lebih jelas tentang penyediaan polimer dan komposit polimer yang digabungkan dengan cecair ionik dan sifat kebolehbakarannya. Secara ringkasnya, jenis cecair ionik tertentu boleh mengurangkan sifat kebolehbakaran polimer dan meningkatkan kalis nyalaan komposit polimer.
Kata kunci: cecair ionik; kebolehbakaran; komposit polimer; LOI; UL-94
Sila klik gambar di atas untuk mendapatkan jurnal sepenuhnya.
Tarikh Input: 22/08/2024 | Kemaskini: 09/09/2024 | maznaliza

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia