AI UNTUK RAKYAT PAMERKAN KEMBAR DIGITAL PERTANIAN MANFAATKAN DATA UNTUK PENGGUNA | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » AI UNTUK RAKYAT PAMERKAN KEMBAR DIGITAL PERTANIAN MANFAATKAN DATA UNTUK PENGGUNA

AI UNTUK RAKYAT PAMERKAN KEMBAR DIGITAL PERTANIAN MANFAATKAN DATA UNTUK PENGGUNA

Khalina Abdan & Norfaryanti Kamaruddin

Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP)

Universiti Putra Malaysia

 

SERDANG 16 JAN – AI untuk Rakyat telah dilancarkan oleh Yang Amat Berbahagia Perdana Menteri Malaysia bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ‘Kecerdasan Buatan’ - Artificial Intelligence (AI). Universiti Putra Malaysia telah mempamerkan Kembar Digital dalam Pertanian yang memberi pendedahan mengenai data berkembar dari tempat menanam ke skrin komputer atau telefon bimbit.  Data dari tempat menanam seperti jumlah air yang digunakan, keadaan kualiti tanah dan baja yang diserap dan seterusnya tinggi pokok.  

Secara amalan biasa penanam akan merekod data ini secara manual bagi sesebuah tapak tanaman bukan kepada sekelompok pokok. 

Melalui kaedah AI, penderia diletakan pada kedudukan tertentu untuk merekod data ini bagi membantu penanam memantau pertumbuhan pokok, keadaan tanah dan keperluan baja juga air secara berkala. Kelebihan kaedah ini memberi panduan kepada penanam untuk melaras segera keperluan asas pokok yang tumbesarannya terganggu, ini akan membantu pengurusan tanaman yang lebih baik kerana penanam boleh membuat keputusan awal di atas talian terhadap tanaman apabila menjumpai kekurangan baja atau serangan penyakit. 

UPM juga telah menawarkan kursus pembelanjaran kendiri kecerdasan buatan secara percuma di atas talian yang boleh diikuti oleh semua lapisan masyarakat. Kursus ini membantu orang awam memahami ilmu asas kecerdasan buatan untuk difahami dengan lebih baik. Kaedah AI boleh di aplikasi pengunaannya  dipelbagai lapangan termasuk dalam pertanian. 

Tarikh Input: 24/01/2024 | Kemaskini: 24/01/2024 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEdFAT~