Anugerah Apresiasi INTROP HICoE | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Anugerah Apresiasi INTROP HICoE

Anugerah Apresiasi INTROP HICoE

Serdang, 13 Mac – Bersempena dengan Hari Inovasi Terbuka INTROP 2019, sebanyak 16 anugerah telah dianugerahkan kepada penyelidik, pelajar dan juga pihak industri/agensi yang telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan INTROP.

Terdapat 5 kategori anugerah, iaitu; Anugerah Penyelidik Terbilang, Anugerah Penyelesaian Berinovasi, Anugerah Penyelidik Cemerlang, Anugerah Pelajar Teratas, dan Anugerah Kolaborasi Industri-Akademia.

Para penerima-penerima anugerah adalah seperti berikut:

1. Anugerah Penyelidik Terbilang - Prof. Ir. Dr. Sapuan Salit

2. Anugerah Penyelesaian Berinovasi - Prof. Dr. paridah Md. Tahir

3. Anugerah Penyelidik Cemerlang - Dr. Ainun Zuriyati Mohamed @ Asa'ari & Dr. Min Min Aung 

4. Anugerah Pelajar Teratas - Dr. Ahmad Ilyas Rushdan

5. Anugerah Kolaborasi Industri-Akademia:

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)

The French Agricultural Research Centre (CIRAD)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Innovative Pultrusion Sdn Bhd

Polycomposite Sdn Bhd

Hafiz Adha Enterprise

Malaysian Panel-Products Manufacturers' Association (MPMA)

Green Premium Research & Development Sdn Bhd

Imtinaan Resources

TNB Research Sdn Bhd

Diharap dengan penganugerahan anugerah-anugerah ini dapat menyuntik semangat yang positif kepada para penyelidik, pelajar dan industri/agensi untuk meneruskan kecemerlangan penyelidikan di INTROP pada masa akan datang.

Tarikh Input: 04/04/2019 | Kemaskini: 04/04/2019 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEaQAo~