AUDIT DALAMAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » AUDIT DALAMAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA

AUDIT DALAMAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA

Serdang, Selangor, 23 Julai 2024 Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), UPM telah mengadakan Audit Dalaman kali kedua EKSA pada 23 Julai 2024 (Selasa). Tujuan Audit Dalaman EKSA ini diadakan untuk Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja Sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2023/2024.

Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan telah membuat persiapan yang rapi bermula dengan aktiviti gotong-royong EKSA pada 18 Julai 2024 (Khamis) diikuti oleh kerja-kerja susulan sehingga menjelang tarikh audit. Aktiviti ini dilaksanakan oleh semua ahli pengurusan dan pegawai INTROP.

Kriteria audit EKSA yang telah ditetapkan iaitu mengambil kira keperluan utama pelaksanaan, ruang tempat kerja/pejabat/peralatan, tempat umum dan keselamatan persekitaran, tempat-tempat khusus, inovasi dan kreativiti, impak pelaksanaan dan kandungan slaid.

INTROP diaudit oleh Puan Siti Noriza Samad dan Encik Adidi Tamin dari Kolej Tan Sri Tun Aishah Ghani (KTAG) dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSAAS).

Rajah 1: Gambar Kenangan Bersama Juruaudit Audit EKSA Di INTROP

Rajah 2: Sesi soal jawap Ketua Juruaudit EKSA bersama Ahli Jawatankuasa EKSA di INTROP

Tarikh Input: 22/08/2024 | Kemaskini: 22/08/2024 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
W, (04:08:33am-04:13:33am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]