Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Bengkel HICoE Stakeholder Engagement and Focus Group Discussion (FGD) for Kenaf Strategic Planning pada 15 hingga 16 Februari 2026 bertempat di Premiera Hotel Kuala Lumpur.
Penganjuran bengkel ini bertujuan mendapatkan input dan pandangan strategik daripada pemegang taruh dalam memperkukuh hala tuju perancangan strategik Kenaf. Program ini turut memberi tumpuan kepada aspek kelestarian, pengkomersialan serta pemindahan teknologi hasil penyelidikan INTROP agar lebih selari dengan keperluan industri dan agenda nasional.
Bengkel ini menghimpunkan lebih 20 orang peserta yang terdiri daripada penyelidik INTROP, wakil industri dalam dan luar negara, agensi kerajaan, NGO, komuniti penanam kenaf serta wakil institusi pengajian tinggi. Antara agensi dan organisasi yang terlibat termasuk Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Agensi Nuklear Malaysia, wakil industri komposit dan pulpa & kertas serta rakan strategik antarabangsa dari Indonesia.
Sepanjang dua hari bengkel berlangsung, sesi Focus Group Discussion (FGD) telah diadakan bagi membincangkan keperluan industri, cabaran semasa serta peluang kerjasama strategik. Turut diadakan sesi pembentangan keberhasilan penyelidikan merangkumi Program UAV Biokomposit, Teknikal Tekstil serta Pulpa & Kertas, di samping sesi showcase dan rumusan strategik.
Melalui penganjuran bengkel ini, INTROP komited untuk terus memperkukuh jaringan strategik bersama industri dan agensi berkaitan, seterusnya meningkatkan impak penyelidikan, mempercepatkan pengkomersialan serta memberi manfaat kepada akademia, industri dan masyarakat.


Tarikh Input: 24/02/2026 | Kemaskini: 26/02/2026 | amallina.osman

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia