Bengkel Latihan Menenun Bagi Projek Kerjasama | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Bengkel Latihan Menenun bagi Projek Kerjasama

Bengkel Latihan Menenun bagi Projek Kerjasama

Serdang, 19 Julai 2023 - Bengkel Latihan Menenun bagi Projek Kerjasama Pengkomersialan Tekstil Kenaf bagi Industri Pembuatan Bot yang diadakan di Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia (UPM), berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 17 dan 18 Julai 2023. Bengkel yang dihadiri oleh para profesional industri, penenun tempatan, penaja dan pelajar UPM ini bertujuan untuk membangunkan teknologi tenunan tekstil kenaf melalui integrasi teknologi kepakaran tenaga kerja berkemahiran bagi penghasilan produk kenaf tekstil dalam aplikasi bot komposit.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari tersebut mempunyai rangkaian aktiviti seperti pemasangan mesin tenunan dan sesi praktikal menenun. Para peserta yang terdiri daripada pelajar UPM dari pelbagai latar belakang melibatkan diri secara langsung dalam bengkel ini sekaligus menyumbang kepada nilai tambah kemahiran diri mekera. Bengkel ini berjaya dilaksanakan dengan kehadiran dua penenun tempatan yang merupakan usahawan tenunan berpengalaman lebih 10 tahun, Puan Noraini dan puan Siti Meriam. Bengkel juga turut dihadiri oleh penaja projek iaitu Puan Wan Azlin dan Puan Wan Aishah, dari Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.  Dr Noor Intan, daripada syarikat tempatan juga turut serta dalam bengkel tenunan untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai tekstil kenaf. 

Prof. Ts. Dr. Khalina Abdan, Ketua Projek, menyatakan bengkel ini bertujuan untuk Membangunkan dan mewujudkan industri kenaf tekstil , mengintegrasikan kepakaran tenaga kerja mahir, bekerjasama dengan pemain industri hiliran serta menghasilkan produk kenaf tekstil. Diharapkan Bengkel Latihan Menenun Tekstil Kenaf ini, dapat menerapkan kepakaran ilmu dan tenaga kerja berkemahiran sekaligus memberikan manfaat kepada industri.

 

Tarikh Input: 28/07/2023 | Kemaskini: 28/07/2023 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEdGAV~