Bengkel Menguasai Butiran: Panduan Mendalam Untuk Analisis DMA | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN introp
» BERITA » Bengkel Menguasai Butiran: Panduan Mendalam untuk Analisis DMA

Bengkel Menguasai Butiran: Panduan Mendalam untuk Analisis DMA

21 November 2024, Serdang - INTROP, UPM telah menganjurkan satu bengkel yang bertajuk Mastering the Details: An In-Depth Guide to DMA Analysis pada 21 November 2024 bertempat di Bilik Latihan Robusta, BIOCOMPOSITE dan di sekitar makmal Unit Uji Bahan. Bengkel ini telah menarik seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada penyelidik dan juga pelajar pasca siswazah dari dalam dan luar UPM. Bengkel ini telah mendapat kerjasama daripada syarikat Gamma Scientific Research Sdn. Bhd. yang memperkenalkan penggunaan peralatan daripada TA Instruments, USA.

 

Bengkel Mastering the Details: An In-Depth Guide to DMA Analysis ini dirancang bagi memberi pemahaman mendalam kepada para peserta mengenai prinsip asas dan aplikasi praktikal DMA dalam pencirian termal. Dengan pendedahan kepada teori dan latihan praktikal, peserta akan dapat mengenali dan menginterpretasi data DMA dengan lebih efektif serta memahami peranan DMA dalam menilai sifat bahan. Program ini juga bertujuan untuk memperluas kemahiran penyelidik dalam dan luar UPM dalam mengaplikasikan teknik DMA untuk tujuan pembangunan bahan, kawalan kualiti, dan penyelidikan lanjutan, sekaligus menyumbang kepada inovasi bahan yang lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi dalam pasaran.

Peserta berpeluang untuk mendapat pendedahan terhadap beberapa jenis analisis yang boleh dilakukan menggunakan DMA, antaranya ialah:

 

  • Storage Modulus (E' or G'): Mengukur kekakuan bahan (tingkah laku elastik)
  • Loss Modulus (E'' or G''): Mengukur penyebaran tenaga (tingkah laku likat).
  • Tangent Delta (tan δ): Nisbah modulus kehilangan kepada modulus simpanan; menunjukkan tingkah laku redaman.
  • Glass Transition Temperature (Tg): Suhu di mana bahan beralih dari keadaan kaca ke keadaan getah.
  • Creep and Stress Relaxation: Kebergantungan terhadap masa di bawah tegasan atau regangan yang tetap.
  • Frequency and Temperature Dependence: Tindak balas bahan terhadap pelbagai keadaan.

 

Selain itu peserta juga berpeluang untuk menggunakan software TRIOS iaitu software terkini yang digunakan oleh TA Instruments, USA untuk menganalisis graf ujian termal. Perkongsian menggunakan software ini telah berjaya membantu peserta dalam memahami keperluan melaksanakan analisis dengan lebih tepat dan berkesan.

 

Pada penghujung bengkel, peserta telah dibekalkan dengan cenderahati daripada pihak penganjur dan rakan kerjasama, selain para peserta dibekalkan dengan e-sijil sebagai penghargaan kehadiran ke program ini. Para peserta juga menzahirkan rasa terima kasih serta berharap agar bengkel seumpama ini akan terus dilaksanakan pada masa hadapan.

 

 

    

 

Tarikh Input: 26/11/2024 | Kemaskini: 26/11/2024 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
W, (08:52:06am-08:57:06am, 23 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]