BUDI DIKENANG, JASA DIJULANG | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » BUDI DIKENANG, JASA DIJULANG

BUDI DIKENANG, JASA DIJULANG

28 Jun 2019, Jumaat – Warga INTROP terdiri daripada staf dan pelajar telah berkumpul bersama-sama mengenang hari terakhir YBhg. Prof. Dr. Paridah Md. Tahir yang akan bersara wajib menjelang hari lahir beliau pada 29 jun 2019. Kejutan ini turut dijayakan dengan kehadiran beberapa alumni INTROP yang juga bekas pelajar YBhg. Prof. sendiri.

 

YBhg. Prof. Dr. Paridah Md. Tahir telah berkhidmat di INTROP bermula 2006 – 2019 sebagai Ketua Laboratori, Timbalan Pengarah dan juga Pengarah. Beliau merupakan antara pelopor dalam pembentukan institut ini bersama dengan YBhg. Dato’ Dr. Jalaluddin Haron (Mantan Pengarah INTROP yang pertama) yang pada mulanya adalah hasil daripada gabungan dua entiti berbeza yang disatukan dan terus berkembang sehingga dikenali sebagai INTROP yang dikenali pada hari ini.

 

Selama berkhidmat di INTROP, antara pencapaian utama beliau ialah mengetuai gerak kerja INTROP menuju kepada panarafan Higher Institution Centre of Excellence (HICoE) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ini meletakkan INTROP sebaris dengan beberapa institusi yang terkemuka di Malaysia termasuk yang di dalam UPM sendiri iaitu Institut Biosains (IBS).

 

Kami warga INTROP mengucapkan Selamat Bersara kepada YBhg. Prof. Paridah Md. Tahir dan semoga Prof. dapat terus hadir ke INTROP dan terus menyumbang bakti kepada INTROP, UPM, bangsa dan negara.

 

 

Tarikh Input: 05/07/2019 | Kemaskini: 05/07/2019 | lufti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXDdSAk~