EVOLVED GAS ANALYSIS: HOW DOES IT HELP? | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » EVOLVED GAS ANALYSIS: HOW DOES IT HELP?

EVOLVED GAS ANALYSIS: HOW DOES IT HELP?

Laboratori Teknologi Biokomposit, INTROP, UPM akan menganjurkan satu bengkel yang bertajuk Evolved Gas Analysis: How Does It Help?. Bengkel ini memfokuskan kepada analisis gas menggunapakai gabungan peralatan Thermal Gravimetric Analyzer (TGA) dan Fourier Transform Infrared (FTIR) atau lebih dikenali sebagai TG-IR.

TG-IR dilihat sebagai sebuah sistem baharu yang canggih dengan kebolehan yang tersendiri dalam kajian Evolved Gas untuk pengenalan bahan berbentuk gas yang terhasil oleh bahan penyelidikan. Justeru, bengkel ini dilihat mampu memberi pendedahan tentang kepentingan TG-IR sebagai salah satu pengujian penting dalam penyelidikan bahan.

Bengkel selama sehari ini dijadualkan pada 25 September 2018 dengan kadar yuran sebanyak RM 150 sahaja. Pihak laboratori juga berbesar hati untuk memberikan harga promosi kepada pelajar yang berminat untuk menyertai bengkel ini dengan kadar RM 100 untuk satu penyertaan. Untuk keterangan sila hubungi En. Mohd Lufti Mohd Tawil di talian 03-89466915 / 012-2104340.

-Sekretariat-

Tarikh Input: 07/08/2018 | Kemaskini: 07/08/2018 | lufti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEaLAY~