Forest Plantation Proposal Workshop | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Forest Plantation Proposal Workshop

Forest Plantation Proposal Workshop

Forest Plantation Proposal Workshop

Tarikh: 8-9 November 2018

Tempat: INTROP, UPM

Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan (BIOREM), INTROP telah menganjurkan Forest Plantation Proposal Workshop yang dihadiri oleh sembilan ahli Borneo Forestry Cooperative (BFC), lima orang daripadanya adalah dari Sabah Softwoods Berhad (SSB), dua orang daripada Asian Forestry Company (AFC), seorang daripada Acacia Forest Industries Sdn. Bhd. (AFI) dan seorang daripada lembaga eksekutif BFC, Dr. Roger Meder. Bengkel ini telah diadakan selama dua hari, program ini bermula dengan pembentangan kertas kerja penyelidikan oleh tujuh orang calon pelajar. Kertas kerja itu kemudiannya dikomen oleh bakal penyelia bertujuan untuk memastikan projek atau penyelidikan yang dijalankan adalah relevan, objektif projek selaras dengan keseluruhan proses penyelidikan dan akhirnya output dapat dicapai berdasarkan objektif yang telah dinyatakan. Selepas pembentangan, satu mesyuarat telah diadakan untuk membincangkan prosedur kemasukan pelajar siswazah termasuk yuran pendaftaran, pembiayaan, perancangan aktiviti penyelidikan dan cadangan untuk melantik Dr. Roger Meder sebagai saintis pelawat di INTROP. Kegiatan ini bersempena dengan menandatangani MoU antara UPM dan BFC dengan melantik INTROP sebagai peneraju kolaborasi bersama ini dalam penyelidikan perladangan hutan dan kemajuan akademik staf untuk kedua belah pihak.

  

Tarikh Input: 19/12/2018 | Kemaskini: 19/12/2018 | m_hambali

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEZUAS~