INTROP Menerima Kunjungan Hormat Dari FELCRA Berhad | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » INTROP Menerima Kunjungan Hormat Dari FELCRA Berhad

INTROP Menerima Kunjungan Hormat Dari FELCRA Berhad

UPM Serdang, 30 Mac- Delegasi FELCRA Berhad mengadakan kunjungan hormat ke Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP). Rombongan diketuai oleh Tn Hj. Saimin Bin Basir, Ketua Pegawai Perolehan diikuti oleh pegawai mereka, En. Azrul Ahmad Mustaffa, Pn Kalsom Omar, En Muhammad Md Tia, dan En Muhammad Habibullah Abu Bakar. Delegasi INTROP diketuai oleh Prof. Ts. Dr Khalina Abdan, Pengarah INTROP, Prof. Madya Dato' Dr H'ng Paik San, Ketua Laboratori Biopolimer dan Bahan Terbitan, serta pegawai-pegawai penyelidik dari Laboratori Pengurusan Bio Sumber Mampan, dan Laboratori Teknologi Biokomposit.

Kedua-dua institusi membincangkan kerjasama dalam penyelidikan pokok Paulownia yang dilihat mempunyai potensi besar dalam industri perkayuan. Perbincangan juga merangkumi cabaran yang dihadapi dan ke hadapan dalam membangunkan tanaman kayu baharu ini.

Tarikh Input: 10/05/2022 | Kemaskini: 10/05/2022 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEbHA4~