INTROP Sebagai Institut Cemerlang 2017 | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » INTROP sebagai Institut Cemerlang 2017

INTROP sebagai Institut Cemerlang 2017

INTROP sebagai Institut Cemerlang 2017.

Serdang, 10 Disember 2018 - Majlis Apresiasi Penyelidikan 2017 telah diadakan di Auditorium Rashdan Baba, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). INTROP telah berjaya memenangi Anugerah Institut Cemerlang 2017 di samping Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) dan Institut Teknologi Maju (ITMA).

Selain itu, tiga penyelidik di INTROP yang juga pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Perhutanan juga turut berjaya memenangi Anugerah Makalah Jurnal (Kategori Sains & Teknologi) - Prof Ir Dr Mohd Sapuan Bin Salit @ Sinon, Anugerah Penerima Geran Penyelidikan (Kategori Swasta) - Prof Madya Dr H'ng Paik San, dan Anugerah Penerima Geran Penyelidikan (Kategori Antarabangsa) - Dr Mohammad Jawaid. Prof Ir Dr Mohd Sapuan Bin Salit @ Sinon merupakan Penasihat Laboratori Teknologi Biokomposit, Prof Madya Dr H'ng Paik San merupakan Ketua Laboratori Biopolimer dan Bahan Terbitan (BADs), dan Dr Mohammad Jawaid ialah Felo Penyelidik di INTROP.

INTROP turut mengambil peluang di majlis ini untuk melancarkan produk Nanocellulose yang di terajui oleh Prof. Madya Dr Hidayah Ariffin, Timbalan Pengarah INTROP dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.

Semoga kejayaan yang dimenangi kali ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha-usaha untuk menjadikan INTROP terus cemerlang di masa hadapan. Seluruh warga kerja INTROP mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah di Majlis Apresiasi Penyelidikan 2017.

 

 
     
 

Tarikh Input: 07/01/2019 | Kemaskini: 07/01/2019 | lufti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXETUAc~