Jalinan Kerjasama Industri Infrakomas Sdn Bhd Bersama INTROP | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Jalinan Kerjasama Industri Infrakomas Sdn Bhd Bersama INTROP

Jalinan Kerjasama Industri Infrakomas Sdn Bhd Bersama INTROP

Serdang, 21Julai 2023 – Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) di ketuai Prof. Madya Dr. Mohd Zulkhairi Mohd Yusoff, Ketua, Laboratori Biopolimer dan Bahan Terbitan dan di sertai bersama Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Dr. Norzanalia Saadun, serta Pegawai Penyelidik INTROP Dr Chin Kit Ling, Pegawai Sains, Pn Ana Salleza Md Salleh dan En Muhamad Azri Mejan telah hadir ke Syarikat Infrakomas Sdn Bhd di Bukit Jelutong, Shah Alam. Pihak INTROP di sambut oleh Ir Mohd Redza Mahmood selaku Pengarah Eksekutif Majunaka Eco Energy Sdn Bhd, bersama En Halim dan En Megat.

Ir. Mohd Redza Mahmood mempengerusikan mesyuarat kali ke 2 bersama pihak INTROP di mana lawatan ini merupakan lawatan balas INTROP ke industri dimana pihak industri telah hadir ke INTROP pada 15 Jun 2023 bagi pengenalan dan perbincangan awal berkaitan pojek yang ingin di buat bersama INTROP, UPM. Mesyuarat pertama di INTROP di pengerusikan Pengarah INTROP, Prof. Ts. Dr. Khalina Binti Abdan, dan turut di hadiri Dr Zulkhairi dan  Pegawai Penyelidik Dr Chin Kit Ling.

Jaringan kerjasama ini lebih menjurus kepada keperluan industri dalam kepakaran bidang nic INTROP bagi membantu pihak syarikat dalam perlaksanaan projek penghasilan tenaga dari sumber boleh di perbaharui terutamanya sumber bioijisim. Perbincang lebih menumpukan kepada peranan utama INTROP dan kepakaran ahli penyelidik INTROP dapat membantu memudahkan pihak syarikat mengenalpasti sumber biojisim utama yang mampan dan dapat membantu syarikat dalam menangani masalah sumber biojisim dalam membekalkan tenaga kepada pihak ke tiga.

Turut dibincang ketika pertemuan ini adalah mengenai inisiatif perhutanan bandar dan pemuliharaan landskap oleh Majlis Bandaran yang boleh di kenal pasti bagi menyokong penghasilan sumber biojisim dan keperluan menangani cabaran alam sekitar dan kesan rumah hijau menjelang 2030 melalui inisiatif Sustainable Development Goals (SDGs). Bagi perancangan lanjut, satu NDA dan seterusnya MOU telah di cadangakan dan di rancang bagi membolehkan kerjasama lebih mampan dan dapat di merterai bagi memanfaatkan pihak syarikat dan juga UPM.

Pihak INTROP mengalu-alukan kerjasama berkenaan di mana ia memberi peluang kepada pihak penyelidik INTROP untuk dapat memberi sumbangan ilmu kepada pihak industri dan masyarakat selain salah satu agenda jaringan dan pegembangan yang di terapkan di UPM. 

 

Tarikh Input: 01/08/2023 | Kemaskini: 01/08/2023 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEdIAc~